おはようございます
Muka awak ada NUR.
posted by Mirza^Husna 10:22 PM 0 comments
Heyy Pepps.

 Seperti kebiasaannya hari Isnin beratur lama SIKITT je. Adalah 15 minit ++. Fine, tak penting. And selalunya terisi dengan lagu Negaraku,  lagu Negeri, and bebelan ceramah ustaz and ustazah.

 Satu ayat yang aku tak boleh lupa dan juga meberikan idea kat otak ni untuk post benda alah ni. Waktu ni mungkin aku dah ligat fikir fasal post ni KOT.  Sempat lagi ye kau? Haha.


" Muka awak ni ada NUR, orang luar tu boleh tau yang awak ni sekolah Tahfiz .... "


 Yep ! Haha. Ada NUR kah? Eceh ! Macam macam la pengetua kami yang seorang ni kan?. Ok bahasa dah jadi macam budak-budak skema tahap tinggi.

 Well, time aku dengar tu macam nak terkeluar isi perut. Silap-silap roti yang sarapan tadi...... ok, please jangan nak buat cerita yang sangat selekeh ok? 

 Tapi, sebagai seorang insan biasa ada perasaan malu. Takkan tiba-tiba nak muntah hijau bagai. Mengada-ngada namanya tu.

 Yang membuatkan aku teringat ayat ni, sebab ada hari Sabtu haritu. Ada orang cina nak tengok rumah sebab ayah aku nak jual. Masa tu aku tengah buat homework kat dapur. Ceh, macam rajin je kan?

 Orang tu mestilah nak tengok dapur kan? Waktu dia tengah jalan-jalan kat dapur dia nampak lah buku aku yang macam belacan tu. *angkara sis* Dengan ramahnya dia bertanya. Dan dengan spontannya aku menjawab ...


MR Chong : Awak itu sekolah sudah darjah berapa?


 Aiyaa ! Aku ni pangkat budak-budak darjah ke? Dah tingkatan weyy. Takpalah, nasib baik waktu ni aku bukan form 5. 


Aku : Ehee, dah form dah. Form One.
MR Chong :  Aiyaa, itu olang manyak kecik. Awak sekolah dekat SINGAPORE eh?
Aku : *sengih* Eh. Tak lah. Sekolah dekat sini-sini je.
MR Chong : Oo.


  See? Dia tak nampak ke NUR kat muka aku? Alahai, jauhnya melencong sampai ke SINGAPORE pulak.

  BTW, aku tak tau nama pakcik tu sapa. Main letak je. Takpelah, aku ni kna spesis yang TERlebih rajin.

 Kesimpulannya, kata pengetua aku tu salah la kan? Takkan lah mata aku ni sepet. Rasa aku mata aku dah cukup besar dah KOT. Eceh, perasan.

 Kay lah, banyak pulak aku membebel, padahal korang bukan nak dengar pun. Ye, aku tau bukan dengar, baca je. Till the next post. Daa.

Labels:

design by Wanaseoby