おはようございます
Salah ke aku buli orang yang dah buli aku?
posted by Mirza^Husna 11:01 PM 0 comments
Heyy Peeps.

First, ada kesalahan kat tajuk tu. ORANG. Yeah, pada situasi ni bukan orang ye tapi, KUCING-KUCING boncet aku tu dah melakukan penderaan terhadap tuan dia ! 

Kucing-kucing itu didakwa atas kesalahan penderaan kanun keseksaan 709 akta 64. Dia dijatuhkan hukuman oleh hakim yang tidak diiktiraf yaitu JULAINIA EVANSYEN. Hakim telah pun menjatuhkan hukum ke atas pesalah yaitu UPIN dengan tidak memberi makan FRIESKIES OCEAN MACKEREL FISH.

Please, stop merapu-ing. Tak masuk akal. 

 BTW, sangat lah tak boleh dimaafkan lepas kucing boncet tu sondol-sondol manja kat aku sampai hidung dia yang berhingus hijau tu kena tangan aku. Aku lempang la dia tanda protes. Tiba-tiba ...

        " Heyy, don't bother him. "

 Ok, keluarga kami memang speaking rojak kengkadang. Saje kan buang tebiat. Forget about the thing. Inilah jadi bila orang melayu bajet cakap omputih. Oh ha.. tak habis sampai situ. Lagi...

 " Why did you bother him ? "

 Fine, siape salah haa? Taulah baba sayang si UPIN tu kan. Mentang-mentang dia sekor je jantan. Taulah baba nak anak lelaki. Kucing pun dibuat macam anak. Kekeke. Ok, sambung..

" Ala, dia yang kacau orang dulu. "

 Ayahku diam seribu bahasa. Lidah TERkelu tak terkata. Stop, aku jenis tak pandai nak mengata. Lol. Haa, jom kita check it out gambar pesalah-pesalah.  

*eh ni lain ni kakak perempuan si UPIN tu nama dia OPIN. Pangg ! Ek, asal kakak perempuan ? Yelah, orang indon kan panggil abang dia kakak. Kan? Eh, aku tak pastilah. Lalala.~

*Yes, ni baru lah si UPIN tu. Ni lelaki macho la wei. Ok, i mean JANTAN. Yup, jantan tapi bukan jantan sejati. Sekali bunyi plastik. Ala, plastik yang warna merah, oren tu, nanti kalau nak simpan dalam beg kan kena renyuk-renyukkan biar kecik bunyi tu la si UPIN ni takut. Sangat tak GENTLEMAN.

 Kay, tu baru keslahan mengesat-ngesat hungus kaler hijau kat orang. Macam takde tisu kan?

 Belum lagi dia sengaja menguap dengan mulut dia yang terbukak tu. Dah la tu, depan-depan muka aku pulak tu. Sungguh tidak patut. Dengan nafas dia yang dah setahun tak pakai listerine. Gosok gigi apatah lagi. 

                    *Sangat tidak sopan bagi seekor betina okeh. Tapi macam cute jugak eh? Grr.

... Ada pepatah Inggeris mengatakan "BETTER STOP THAN MERAPU. Ok, aku tipu. Till the next entry. xD.

Labels:

design by Wanaseoby