おはようございます
Yang ni kena selalu makan chewing gum.
posted by Mirza^Husna 9:00 AM 4 comments
Heyy Peeps.

*eh hai BADUT ! xD.

 Ya, waktu KH. Kena turun bengkel la kan ? And ya again. Ustaz ni memang suka nyakat orang. Aku ni salah satu daripada orang yang dinyakatnya tu la. Sampai Yasmin cakap macam ni.


" Ustaz ni suka kacau anak orang.. "

 Eh? Aku cakap betul kan? Kacau dengan Nyakat sama kan? Alah, kira HALAL la. Aku ni bukan pandai mana pun BM. Ok sambung.

  And yeah, kalau aku cakap mesti korang semua tak percaya. Ye, kat kelas biasanya aku diam je. Cuma time rehat je aku like kecoh + kepoh sikit. Tu pun kalau bukan public. Kiranya macam perempuan je semua. Sebab tu aku lebih selesa rehat kat meja batu dari kantin. :P

  Lagipun ustaz KH kami ni, tauke photostat. Bilik photostat tu pulak dekat dengan meja batu. Alahai .... nasib betul. Takpe lagi rela kena nyakat dari kena dengan goreng dengan jantan. Emm... Ok, macam dah lari tajuk pulak ye?

 Takde angin ribut tiba-tiba ustaz tegur aku. 

 Ustaz : Atul ni kena makan lebih sikit. Badan keding je.
Atul : *sengih-sengih macam kambing*
Aku : Ahahah. 
Ustaz : Hazwani pulak tak boleh makan makanan yang masam-masam. Tengok muka tu masam.
Hazwani : *berkerut-kerut dahi*
Ustaz : Uzma ni pulak kena makan chewing gum biar cakap sikit. Ni tak, senyap je.
Atul : Ehehek !
Aku : *tahan sengih*

 Haha, time aku dengar tu macam nak pitam.  Tak sangka orang nampak aku PENDIAM.  Aku ingat orang nampak aku KEPOH. Alamak !..

  Time aku tengah tahan sengih kan.. ustaz kata lagi yang sampai aku rasa bagai nak ketawa yang melampau dos tau tak? 

Ustaz : Eleh, tapi tu tahi lalat bawah bibir, bukan boleh percaya. Mesti kat rumah kecoh ni.

                                           .....................................................................

 Haha. Memang betul 100% ! Tapi masa aku tahan sengih pun ada gak terselit kekecewaan yang menggunung. Yelah, mula-mula puji aku diam. Tiba-tiba tarik balik. Kan ke macam pe lebur weh lebur.

 Eh hello ?! Muka aku ni macam muka orang kecoh kah? Pe sadis weh sadis. Baru je time tu nak kembang. Tiba-tiba kuncup balik. Dah tak mekar lagi. Wutwut.

Tapi kan kenapa bila kat sekolah suara aku macam tak boleh kuat. Tak boleh kuat macam kat rumah. Pelik betul. Korang ada kes macam tu tak? Pelik kan? Jom cakap pelik sama-sama.

P/s: Entry ni macam MERAPU kot.

Labels:

design by Wanaseoby