おはようございます
Hari Sabtu yang memenatkan.
posted by Mirza^Husna 8:43 PM 0 comments
Heyy Pepps.

 Minggu lepas atau lebih tepat lagi hari SABTU sekolah kami ada buat hari PPI yang memang sedia ada korang taktau. Takda apa-apa pun aku nak cerita. Tapi nak cerita jugak. Macam mana tu?! Abaikan.

 Yelah kan, habis nak biar je blog SARANG TIKUS ni. Kesian tak ber'update'. Silap haribulan free je tikus-tikus boncet tu buat pesta tak ingat dunia. Berlubang-lubang la dibutnya blog kau.

 Fine, cakap je lebih. Blog SARANG TIKUS konon. Nampak tikus sikit terlompat bagai nak rak. Macam orang jakun kan?

 Ok, itulah mukaddimah hari PPI ye?

 Mula-mula kitaorang macam biasa la beratur berkumpul kat Tapak Perhimpunan sambil menyanyi lagu Puteri Islam. Then mula acara memasak. Part ni best nak cerita sebab aku ambik part kan?

 Tema tahun ni MEE. Jadi si Tasya buat spaghetti. Manisan buat agar-agar milo. Air pulak lemon tea panas. Ye tau, kami sengkek takde ais batu.

 Bab manisan tu aku buat dengan Atul. Satu benda yang aku tak boleh lupa ... nak tau? Takpelah tak penting.

.....................

....

......................

....

.........................

....

 Aku ni kan baik so.. aku bagitaulah ek? In Your Dream. Jangan mimpi ! Takde masa aku nak bagitau. Ececece, you know what. Dapur gas mini tu boleh TERBAKAR !~ Kelam kabut kami waktu tu. Macam mak kucing hilang anak. Tapi, ianya tidak sedikit pun menjejaskan kesedapan agar-agar buatan aku kami. Malahan, dapat markah tinggi wo.

 Mana aku tau? Eheh, Umi saya bagitau la. Dia kan pengadil. Ahahah. Eh, tu bukan markah kesian okehh.

 Kemudian, kami semua main Puteri Warrior pulak macam Explorace. Sama je. Nama je diorang tukar, kononlah nak bikin gempak.

 Aku tak berapa suka Explorace tahun ni. Setiap nak pergi ambil checkpoint mesti kena makan. Pastu lepas makan kena lari naik turun tangga. Tingkat 4 kami makan Nasi Petai, then turun pergi kantin makan TEMBIKAI !~

 Aku rasa bagai nak gila. Nak muntah pun ada. Tak sangka. Aku makan dua setengah potong je. Tu pun kena paksa. Setengah lagi tu kawan se'form' aku 'tolong' makankan. Haha. Baik kan?

 Then naik tingkat 3 pulak, makan Roti Belacan tak masak. Memang gila. Aku buang senyap-senyap. Konon buat nak muntah padahal tak makan. Kehkehkeh. Then turun balik pergi surau. Minum pulak Air Pegaga. Part ni aku tak minum, sebab ada akak form dia habiskan.

 Lari-lari naik atas Tingkat 5, makan Durian. Yang ni aku tak makan jugak sebab diorang peh gelojoh macam tak makan sebulan. Lagipun aku takde nafsu nak makan. Cehh.

 After makan durian, kami diarahkan pergi pondok pengawal. Kena salam dengan Hantu Mak Limah Balik Dusun. Apa kejadah je wehh. Aku takut kalau tangan dia keras macam kejang gitu time aku nak salam. The finally kami menang nombor 2. Weee~

 Lepas aktiviti memualkan perut habis, ada pulak aktiviti. Macam galah panjang + tengteng + khat. Aku masuk khat tapi pen tak bawak. Bagus kan? So, aku tak masuk apa-apa. Sekadar menjadi penonton setia la pulak.

 Then Pertandingan Hias Kek. Aku tak masuk tapi gaya macam masuk. Kitaorang Form 1 boleh pulak kasi idea kat kawan kami nak buat cemana. Kihkihkih.

 And, satu hari ni jugak la aku jadi tukang cuci pinggan + mangkuk + cawan yang tak berbayar. Rajin kan budak ni. Eheh.

Kaylah, till the next post. Thanks for reading and blablabla ......

Labels:

design by Wanaseoby