おはようございます
Aktiviti di kala cuti.
posted by Mirza^Husna 6:34 PM 0 comments
Hei Hai Hoi.

 Wah wah, dah nak habis dah cuti minggu pertama. Tupun tak berapa nak sedar. Semalam kat kedai makan  tiba-tiba je cakap macam ni :-


Aku : Eh harini hari RABU kann? :)
Sis :  Ehh, dah hari KHAMIS lah.


 Ngee, dengan confidentnya aku tanya gitu? Sungguh otakku dah biul. Sepanjang cuti minggu ni aku buat apa eh?

 Nak tau nak tau? Jom kita cekidautt ! Ngahaha. xDD.



   Hias Bilik.

Yeah kami memang dah bercadang lama dah. Nak buat JADUAL BERTUGAS , PROFIL ,CARTA ORGANISASI lah, tahape hape je. Nak tampal kat dinding katanya. Biar sejuk mata memandang kan? Biasalah perempuann. *apa?*




  Main.

Heh, ni bukan main anak patung. Ni main kucing, cuti-cuti macam ni lah nak luangkan masa dengan kucing tersayang lah konon. Kalau time sekolah dia kacau orang buat homework lempang je, dari kena lempang dengan cikgu sebab taksiap kankankan? :)




  Tengok Tv.

Mestilah wajib KOT. Kalau time sekolah jangan harapp~ Nak tengok iklan pun takdapat. *macam tipu je* Biasanya aku tengok Dongeng tu. HAHA serius lawak, kengkadang aku taksuka sebab dia macam acting lebih. Semua ajaib-ajaib, ada gak raksasa ape ntah melebih pulak aku tengok. Ada jugak yang kena sepak nanti. ;P


  Jogging. *lah sangat*

Petang petang mahupun kat dalam rumah. Tapi petang-petang kengkadang aku ponteng. *ponteng ke?* Macam malas. Kat rumah main kejar-kejar dengan tiger takdalah rasa penatt. :D Ternak lemak pandai, bakar lemak liat. Huhu.



   Tengok Video.

Ni lah antara kejadah aku waktu cuti. Dua vlog yang aku dah cop awal-awal ngahaha. Matluthfi90, dia ni antara vlog yang ramai orang suka kot, sebab dia lawak. Kalau korang tengok konfem tergelak depan lappy sorang-sorang. Lagi satu IniAnwarHadi dia macam bagi nasihat dan ada lawak. So bestt. 





  Online.

Yaa ! Mesti dan Wajib. Kalau tak boleh "Ini Tidak Adil !" Ceh melebih. Dan semestinya aku online facebook dengan blog mendelahh. Ada gak game online dia boleh jalan-jalan dan chat. Boleh create avatar sendiri, kat SINI. Aku dah level 71 daripada 100 haha. Try ah main. Ngehngehngeh.





And ya, tu lah apa yang aku buat. Haha ye tau tak berfaedah. Korang buat apa? Ce citer ce citer. 

Emm, nah ni antara video diorang yang aku suka tu. Hihihihi *gelak mengade* Ehh, jangan salah faham, bukan aku kata gelak camtu mengada aku je gelak camtu over mengade. ;P









Ni Matluthfi :DD






 Best kann?

BTW, aku nak gossip sikit *kepoh* masa aku dok online tadi....

Eh ok bai. Aku nak jogging. Thanks baca entry :PP

Labels:

design by Wanaseoby