おはようございます
Dunia sekarang banyak penyakit.
posted by Mirza^Husna 6:58 PM 0 comments
Heyy Korang.

  Semenjak dua menjak ni kan, ceh padahal baru semalam.. Ah ok, abaikan. Aku tengok classmate aku banyak yang post pasal suntik, inject apende tah yang HPV tu. Baru tahun ni diperkenalkan. Kau adee? Wekwek.

Diorang cakap semut-semut lah, lenguh lah, perit lah dah yang seumpamanyaa.

  Kenapa aku cakap diorang? Yelah, eh jap kalau aku cakap sila jeles tauu? Ekhemm, aku dengan Atul tak kena inject sebab umi kami tak kasi kebenaran sebab -------- adalah sebab tertentu.

  Aku cakap camtu kau ni jangan lah fikir yang bukan-bukan hishh. Eh hello, aku ni sihat takde penyakit dan aku tak amik inject kat luar pun.

  Ye, classmate aku memandai je buat cerita yang agak tak masuk akal. Nak buat cerita biar lah masuk akal, macam takdak pengalaman je kan? Kesian sungguh. Pedas tak ? ;P

   Bila tak kena inject, aku dengan Atul cuma kena ukur tinggi dengan berat aje. Oh ha, masa dah habis semua urusan kat sana kitaorang terus nak balik kelas, sekali terserempak dengan Ustaz J. Hei, aku tak gugup eh ustaz ni baik.

  Ustaz ni lingkungan dalam 60an kot. Kot eh aku tak pasti. Ustaz tanya dah kena inject belum, dengan lurusnya aku dengan Atul jawab "Tak kena inject sebab umi tak kasi...."

  Ustaz agak macam macam er terkejut walaupun takde lah terkejut mana. Ustaz cakap..

Ustaz : La, kenapa awak tak amik? Kan mencegah tu lebih baik daripada mengubati..
Kami : Habis mak kiteorang cakap dulu tak kena inject pun, sekarang je mengada nak inject inject.

Ustaz : Itu dulu. Awak kena faham yang zaman dah berubah. Dulu persekitarannya bersih, makanan semua segar-segar amik dari belakang rumah. Sekarang udara banyak tercemar, makanan pulak banyak campur kimia. Nanti masuk dalam badan cepat dapat penyakit.

Kami : Tapi kenapa pakai jarum, tak boleh ke makan?

Ustaz : Ha, adalah tu sebab nya.
Kami : Lagipun sakit..

Ustaz : Alah, tu sebab awak punya minda dah cakap sakit sakit. Awak kena cakap " Oh ni sikit je tak sakit pun.." Awak punya minda banyak beri pengaruh, serah je semua dekat Allah dengan nurse tu..

Solehah masa tu dah senyum senyum ada makna. Senyum yang menunjukkan kepuasan dan kesinisan. Kurang masin betul ! Suka lah tu orang sokong, eeei,

Kami : Hemm, yelah ustaz terima kasih. HEE~ :DD

Ustaz pun berlalu pergi tandas. Hei mestilah lelaki takkan perempuan, tengok tu sikit-sikit dah fikir lain, hee kidding ^.^




  Ya apa pengajarannya? Ya suntiklah budak-budak zaman sekarang banyak-banyak berdos-dos pun takpee~ Yelah mencegah kan lebih baik dari mengubati ... ;P HAHA. Padan muka.

  Oh ok, baibai. Thanks for reading my bebelan berGUNA lah konon ini. Heh.

Labels: ,

design by Wanaseoby