おはようございます
Kita cakap pasal Solat ye?
posted by Mirza^Husna 8:56 PM 0 comments
Hey Korang.

Nah soalan maut. ;P

 Dulu-dulu masa zaman budak hingusan, biasalah perkara kecik je pun sampai nak berbalah dengan sis. Yang paling aku tak boleh lupa masa solat. Legend tau.

 Kami kat rumah memang biasa solat berjemaah, tapi kadang-kadang solat sendiri sebab umi cuti "am" dan baba belum balik dari kerja. Apa yang kami balah?

 Biasalah kan setiap rumah mesti ada tempat khas untuk solat, jadi aku dengan sis akan solat rapat-rapat walaupun tak berjemaah. Ada pahamm? ;P Yang sis tu biasalah suka dengki. Nanti dia solat dulu, ya aku kadang-kadang lambat, jadi time dia ruku' nanti dia cakap, ALLAHU AKBAR kuat-kuat.

 Apa masalahnyaa? Ceaa, sis konon lah perasan yang dia tu imam. Dan dengan automatiknya aku akan naik angin.Tetibe je ek? Yelah, memang sekarang tak rasa sangat tapi masa kecik-kecik, entah macam terlebih sentimental je.

 Dan untuk membalas kembali dendam yang terbakar ni, aku pun buat lawak time dia solat so automatikli dia akan ketawa dan solatnya batal. Ohh, kejamnyaa =.=' Kreatif jugak eh aku time kecik-kecik? Dan ianya masih dipraktikkan lagi sekarang. Haha.


Habis feedback.


Ya sebab aku teringat. Umi memang tengah cuti sekarang, kira masuk sejarah, sebab untuk pertama kalinya aku dengan sis solat berjemaah tetibe. Mungkin bila dah besar, ceh ''BESAR'' ke? Mungkin bila dah besar kurang sentimental kot. Ada kemungkinan jugak eh? ^^"

 Mungkin sebab tahun ni macam ada kesedaran sikett ceaa. Yelah kan, dah boleh fikir secara waras dan err matang *kah?* Well, big thanks to umi yang tak habis-habis nasihatkan kami supaya solat sama-sama. ^o^

 Asal umi suruh solat berjemaah je aku jawab ''Taknak lahh err''  Mungkin terkesan dengan zaman lampau kot. Cewahh, bahasa dia...~

  Dandan bukan ke solat berjemaah tu dapat 27 darjat pahala?  Korang nak 1 darjat pahala ke 27? Ha, mestilah yang besar punya kan?

 Perkara kedua mesti lah ikhlas dongg. Ya aku rasa ramai yang anggap solat tu macam rutin. Dan tak terkecuali jugak aku emm. Baru aku perasan sekarang. Memang solat tak penat, tapi kita buat macam -----ada lah tu something yang tak berapa nak kena.

 Aku pun taktau nak cakap apa. Well, aku ni kan masih mentah macam ikan sebelum digorang yang disimpan kat dalam peti sejuk. Masih kurang pengetahuan kata orang. Tahape hape je perumpamaan. Hohihe.

 Rasa macam dah cukup kot. Kay till next post. Baibai.

Entry ni untuk aku jugak. Kalau salah betulkan eh? Big thanks to you. >.<  Buat entry ni sebab umi suruh buat entry berguna, hope you all like it yeahh ! 

Labels: ,

design by Wanaseoby