おはようございます
Maka berakhirlah cuti sekolah ...
posted by Mirza^Husna 8:52 PM 0 comments
Heyy Korang.

*Holiday is over you guys, ani bukan mimpi tau?

 YE ! Macam yang korang sudah sedia maklum, esok sekolah. Aku taktau kena sengih, senyum, sedih, melalak ataupunn, gembira sakan macam orang tak waras.

 Sengih, senyum dan gembira sebab yelah, kengkawan kan? Ada ke kawan yang tak buat kita hepi? Kalau ada tu sebab dia bukan jenis orang yang hepi.

 Same goes to me, kawan aku selalu buat aku gila sekejap, tapi kadang-kadang aku yang membawa diorang ke dunia gila sekejap itu. Sila gelak walaupun macam takda apa yang lawak. Heh.

 Sedih dan melalak. Siapa kat sini dia betul-betul suka sekolah? Alah, kalau ada mesti sebab kawan yang buat dia hepi dan mewarnai dunia dia lah konon. Tapi tak ramai orang yang suka sekolah sebab nak belajar dan berjaya dan termasuk aku. Yelah pelajar yang agak er er.

  Memang lah orang suka berjaya, siapa tak suka success? Siapa tak suka dapat straight A? Siapa tak suka dia dapat pujian sebab dapat straight A? Semua orang suka apa. Kecuali lah kalau orang tu dia nak jadi sampah.

  Tapi, berapa ramai orang yang dia berusaha. Macam rajin pergi sekolah, rajin buat latihan dan fokus. Bukan rajin buat taik mata. Itu lain.

  Dan kita jugak nak belajar kat oversea. Ada salji, musim bunga, musim luruh dan macam-macam lah. Seperti kat Paris, London, Mesir e'eh tetibe. Mesti bestt kan?  Nak tapi malas.

Ya, aku sekarang tengah sindir diri sendiri. Ada apa hal?

  Aku nak cakap pun taktau sangat. Sikit-sikit boleh lah ada pengalaman. Haha, teruk betul. Dulu masa darjah 6 baba suruh buat skor A, buat tu memang buat tapi nanti bukak window lain. Tau-tau jelah. Baba sampai dah masak dah. Alahai~.

  Sampai sekarang aku masih terkesan, sayang sangat Math dapat B, alah taip banyak tak guna. Dah berlalu kan? *padahal aku yang bangkitkan sendiri*

  Sekarang, aku cuba nak berubah, sis selalu pesan banyak kali. "Kau form1 blajar betul-betul, kalau tak nanti time form3 mesti kau menyesal gila-gila macam aku".

  Ehmm, Insya-Allah doakan aku. Nafsu aku kuat tau? Aiyoo, nafsu kau ni selalu sangat pergi gym. Orang kata perempuan nafsu 9 akal 1. Dan begitulah sebaliknya kalau lelaki.

  Kenapa aku cakap pasal berjaya tiba-tiba? Aku kan tengah cakap pasal sekolah, ada kaitan KOT sebab tu melencong hmm.

Well, esok sekolah. Dengan ini tiada lagi .....

 Istilah "esok aku nak guna laptop eh?"
 Rutin tidur lambat.
 Tidur kat ruang tamu beralaskan toto/comforter.
 Sarapan lambat.
 Alasan untuk bangun lambat.
 Masa untuk main dengan kucing.
 Alasan untuk mandi lambat. OPS ;P

Okey moga esok semua berjalan lancar. Amende? Macam nak interview pulekk. Selamat kembali ke SEKOLAH ! Chaiyok chaiyok ! :DD


Otak dah biul sebab cuti lama sangat. Ingat harini hari Isnin. Sampai tersasul kat facebook. Huh~

Take a look.

Oh sori, aku tak jumpa. Lagipun aku tengah tergesa-gesa, sis nak pakai. Bai. Esok jumpa kat sekolah *biul*

Labels: ,

design by Wanaseoby