7.09.2011

Aku ni takde kesedaran sivik ke?

Heyy Hellow.


*EH ni kertas aku ni haishh, bersepah la pulak kat sini :P


   Ngaa, cemana result setengah tahun uols semua? Wokey tak? Kalau down takpe kan ade periksa akhir tahun kan? *alasan budak malas*

Hek, aku biasa je nak kata down tak, up? Tak jugak. Biasa-biasa je.

    Setengah tahun ni okey sikit Diniah, kalau ujian Februari ----- hamek kau 2 MERAH ! Grr, apelahh~ Sakit mata saya melihatnya auww~ ;P Setengah tahun Diniah punya ok, bebas dari merah merah itu bhaaa. ;P Tapi, Akademik agak merosot kehkeh. Ujian Februari 7A, setengah tahun 4A. Sengal je.

    Takut jugak aku nak tunjuk kat baba suruh sign. Jadi taktik kotor aku tindih-tindih dalam report card dengan periksa setengah tahun. Automaticly, tak perasan.

   Tapi ummi dengan cekap dapat menghidu *he'eleh* taktik kotor aku. Bagus jugak, sebab ummi suruh aku bagi alasan dekat baba yang ujian Feb tu taktau cara nak jawabnya cemane. Al maklumlah baru masuk "fasa baru". Jadi markah pon sikett~

Haha, otak cap kancil la ummi saya ni. Bijk bijak.

   Jadi, masa tunjuk kat baba report card ummi back up saya aww~ Hihihi. Cuma yang akademik tak boleh tolong apa lah. Cuma baba cakap -----


" Banyakkan latih tubi ni Sains, Mathematics, GEOGRAFI ... "

Emm em. *angguk angguk kepala* 

   Dear Geografi, kenapa saya tak suka awak eh? Padahal buku awaklah cover dia paling comel. Tapi isi? Selak-selak pun rasa berpinar mata saya. Terutamanya unit 2. Sungguh lah saya tak boleh ingat dan tak boleh hafal. Nota awak pun saya dah buat cecantik supaya saya suka baca awak. Tak berkesan langsung. Jangan marah saya he? "

 Haishh. Sis pun kena dengan baba pasal Geo. Rupanya kami dua orang memang tak suka Geo. Muahaha. :DD Ada geng la cenggini.

   Masa baba tengah dok sign sign tetiba baba cakap ---


MASA BABA KECIK-KECIK DULU, BABA TAKUT KALAU TAK DAPAT NOMBOR SATU. SEBAB NANTI ARWAH PAK ATUK MARAH. JADI, KALAU BABA DAPAT NOMBOR LAIN, NANTI BABA TIRU SIGN PAK ATUK ... :DD "

   Nakal jugak ayah aku. Aku pon tak pernah terfikir nak buat gitu. Yelah aku ni bukan peniru sign yang professional. Tangan kayu lah katakan. 

   Sambung balik, lepastu sis tanya baba --- kalau tak dapat nombor satu dapat nombor berapa? Baba cakap nombor 3 ke 4 -- Hishh, kira ok la tu .. 

   Masa sekolah rendah aku Top 10 je. Bila sekolah menengah ok sikit sebab tak banyak saingan Top 3 kira ok kot. :)

    Lepas baba cakap camtu, aku macam --- " Eishh, aku ni tak dapat nombor 1 tak kena marah pun .. Nak jadi apa bila besar nanti ? MALAS. Dari dulu cakap nak berubah, tapi tak berubah, sama je ... "

    Kau tahu kan apa yang kita nak, tak dapat. Lepas tu, cakap nak berubah, tapi tak terlaksana. Hey ujian kuat kan? Jadi lawan nak lawan balik pun kena kuat lahh. Sekarang makin advance bhai, ada FACEBOOK, TWITTER, BLOG, TUMBLR macam-macam ah.

Kadang-kadang kesedaran tu ada, tapi tetiba muncul malas, lepastu baru menyesal.

    Kadang-kadang macam " Tak penat ke? Asyik-asyik ulang benda sama NEKAD, MALAS, NYESAL. Kan? 

Sekadar renungan bersama ~

No comments: