おはようございます
Selamat Tinggal Makanan dan Selamat Datang Ramadhan.
posted by Mirza^Husna 8:32 AM 0 comments
Assalamualaikum haihai.

31 Julai 2011
30 Sya'ban 1432 H
Disebabkan esok puasa, jadi saya mulakan post ini dengan salam yang penuh barakah lagi mulia dan ummpppphhhhh dan terangkatttttt~


  Omaigee saya bagi salam ni. Jawab ler, sekeh kang. Dah jawab? Ok terus membaca. *terserlah kebengangan saya aumm*

  Hihihihihi, yeahh semalam kita cakap pasal sotong sumbat kan? Woihh, sotong je mana ada sumbat-sumbat. Jangan lah nak temberang saya. Saya ni masih waras, tak tertipu pun dengan tipuan awak yang tak berapa nak best tu.

   Status saya? Oh baru solat tarawih kat rumah. Sedih gila tak dapat larilari kat masjid dengan Aufa. Baba balik cepat, sebab makwe baba, ummi saya demam. Ummi tak ikut balik kampung ahhahaha ;D

   Esok puasa korangggggg. Aiyokk, cepat gila kan masa berlalu, macam baru haritu je beli baju raya. Eh orang cakap pasal puasa, tetiba baju raya yang masuk line apehal? Er, ape ape jelahh.

    Dan, saya sekarang oh tak sabar nak puasa. Tengah semangat tak hingat ni. Eksaitedddd nyaaa! Cehh boleh lah kat sini taip gitu last-last bangun punya liat mengalahkan tanah liat yang dipiat-piat.

   Well, puasa ni pun banyak jugak faedahnya dari segi material eh? ;-

 Dari balik sekolah pukul 3.30 jadi 2.30
 Sampah kat sekolah takde dah ;)
 Kelas dah jadi macam wad, senyap jeh
 Tak payah turun bawah sebab tak makan

Kalau keburukannya pulak ;-

 Tak dapat duit belanja so, takboleh simpan
 Mengantuk menguasai diri? Haha
 Akan terasa lapar sebab iklan kat tv tetiba banyak pasal masakan dan biskut raya ahhh~

Tu je yang aku boleh fikir eheh.
Alasan je tu, paham paham je lahh.

   Tahun ni saya rasa nak buat Diari Ramadhan lah. Saya dapat idea ni dari buku Diari Ramadhan Aiman tak kisah. Takde apa nak tulis cuma menu berbuka dan menu sahur. Kalau ada apa apa info ke, bantai je lah masukk. Biar berguna sikitt (?)

 
Ni lah saya dapat inspirasi dari sini. Ahhhahaha. Inspirasi lah sangat. Tahan muntah ye semua. 

1 Ogos 2011
1 Ramadhan 1432 H 

     Tengah puasa ni sekarang. Agagagaga, laparrr~ Ehekk, yeah harini saya antara yang bangun paling awal. Ohyeah, rupanya saya ni takda lah liat mana muehehe. Tapi karipap sahur tadi bau dia, wuyoo masih berlegar legar di sekitar hidung saya, masyuk nya! Weh, masyuk tu ape?

    Makin menaip makin lapar, hihihi. K bye. Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, dan Selamat Hari Raya. Otak seteng betol lah kan.

Labels:

design by Wanaseoby