おはようございます
Popo, you really made my day :')
posted by Mirza^Husna 11:30 PM 3 comments
Greeting Text

Memperkenalkan Popo!

  Saya baru kenal dia about........ 14 hours ago? Yup and yes, Subuh tadi. And seriously ni takde kaitan langsung dengan maruku yang gambar baby lepastu ada tulis "Popo" tu. And i don't have idea why the maruku name Popo hehe. Well, masa saya nak namakan burung ni saya ingat jajan tu, so saya namakan dia Popo! Hai Popo! Have a nice day!

The Story Began Like This~


Masa Subuh pagi tadi, cehh subuhlah sangat bangun pun lambat ada hatiiii~ Tiger pergi dapur sambil mengiau kuat. Kalau kuat tu taulah nak eksyen dapat haiwan berburu. You know what? Popo get caught by Tiger! Nooooo, i'm really pity to him. Saya tak sampai hati biar Popo kena makan dengan Tiger.

   Saya masa tu takut-takut sebab first time pegang burung, so saya cuma cuba tahan Tiger dari serang Popo. Masatu paruh Popo gerak-gerak macam dah nazak giler. Bukak tutup bukak tutup tercungap mungkin. Saya ambil tisu dapur dengan nak niat alas dia dan bawak masuk bilik. 

Ummi nampak jugak burung tu tercungap, "Lebih baik Tiger makan burung tu, dia dah nazak sangat tuu...at least ada manfaat sikit dia mati kenyang perut tiger...... " Saya tak ingat lah ummi cakap cemana lebih kurang camni kut.

   Time saya nak cabut tisu Stokin pulak tetibe dari ceruk mana ntah serang, gigit dia punya leher. Saya macam Ya Allah.........Stokin stop ittttt!! *ianya boleh juga disebut "stupid" tiada masalah* Saya cepat-cepat lepaskan Popo dari gigitan Stokin. 

   Saya berlari masuk ke bilik dengan tujuan supaya ummi tak nampak. And, beralaskan tisu, saya letak Popo atas pinggan yang diletak atas katil. Tu pinggan mainan bukan mainan actually tapi macam pinggan kiddo yang warna warni tu. Ntah apa tujuan beli pon tatau. Saya tinggal kejap, nak Solat Subuh! :P


   Lepas solat, saya tanggal telekung dan ambil cotton bud dengan minyak. Saya tengok mana luka saya rawat. Cecehhhh rawait siott. K fine, saya letak minyak. Saya main kejap dengan dia bukak-bukak kepak dia, bukak paruh dia. Dan saya rasa macam waktu Stokin pengsan haritu, leher dia kebelakang kalau tak pegang betulbetul. Popo you scared me lah hihik.

  Ummi masuk bilik saya nak tengok Popo, ummi kata, "Eh tak gerak pun, dah mati ni........." And that time I was like................"Taklah dia koma tu belum titik lagi..." Well yknow? Sekadar menyedapkan hati. 

Today, saya tak ikut ummi pi sekolah jaga kaunter buku seperti yang kebiasaanya just because I want to look after him hek taklah kakak saya taknak ikut jadi saya tak perlulah ikut. 

   After that, saya berkhayal ke dalam dunia siber kejap, uppss wrong statement bukan kejap lamaa 2 jam fuh fuh. Dah nak dekat pukul 11 lebih baru saya mandi. Perhatian ye, saya suka mandi lambat tapi saya dalam bilik air kejap je, tak sampai lima minit pun itulah kelebihan saya puihh *rolling eyes*

   Masuk bilik nak ambil tuala, nampak Popo bawak Popo pergi ruang tamu lah hidup udara segar sikit, lagipun the cats are sleeping ngehh freedom! No more bullies incident! Saya pegang Popo, eh kenapa sejuk tadi panas. Hmmm jangan jangan................??! Struktur badan dia pun keras tadi Subuh lembut, leher dia kebelakang okey. Now, .............. keras, kaku, macam kena awet. 

My decision okey kejap lagi saya tanam dia...

   Lepas mandi, saya bukak gate dan mencari lokasi untuk buat kubur hehe. I don't know nak tanam kat dalam tanah ataupun dalam juga tapi yang berpasu? Sebab kalau macam kat tanah halaman luar saya takut orang pijak-pijak nanti tanah yang ditimbus nanti hempap Popo, Popo penyek! Burung penyek burung penyek burung penyek! *nyanyikan dengan korus 2 singgit* 
Bila Izrail........♫ :| 

  So on, Popo pun ditanam :) Oh ye saya pilih tanam dia dekat dalam pasu sebab............lebih selamat haha well yeah insya-Allah masa ni mungkin saya tengah tanam bangkai dan Popo tengok saya dari atas dan dia menangis terharu sebab saya sanggup tanam dia :D hihiih berangan lah kau!

  Bersungguh tau saya tanamkan dia siap ada batu nisan lagi, eh tak bukan batu nisan batu perhiasan je and saya buat notes hihi gedik. Actually saya lupa nak letak bunga kemboja yang mana banyak terdapat di tanah perkuburan well, ayah saya ada tanam kat rumah bila orang tanya, baba jawab...

"....Alah untuk memperingati yang bahawa mati tu bila-bila je Allah boleh ambil.. :)"

Beria kan? It's okay for my Popo hehe wait "MY"?!

   Dan saya merasakan kehilangan sesuatu kejap asal nak emo ni? Baru kenal kut Popo ni, and i'm kinda stranger okay to him tetiba je nak tanam-tanam pehal? Tak salahkan buat kebajikan? Haha kebajikan lah eh? Insya-Allah kebajikan hihi :D

   It's long time since I leave school. And I did'nt write anything. So that why my handwriting looks awww low profile dush dush ngeheheh :3

Goodbye Popo, i'll miss you. Meskipun saya harap yang Popo boleh terbang lagi means akan hidup lagi ianya takkan terjadi sama sekali. Dan sekarang saya rasa menyesal kalaulah saya halang Stokin dari dia gigit Popo insya-Allah dia masih hidup. Mungkin jugak dalam keadaan yang lemah.

Dan pernahke ke Popo terfikir yang harini hari terkahir dia bermanja dengan mak ayah dia? Popo ni actually saya tengok dia masih kecik macam baby gitu. Tak sangka, secepat itu dia pergi. Perjalanan dia masih jauh. Malah baru aje bermula. Takpelah Allah lebih sayangkan Popo dan mungkin juga sebagai pengajaran untuk saya yang bahawa ajal itu bila saja boleh jemput saya.

Persoalannya kita dah prepare nak jumpa Allah?

Bye!


Momo tak sempat nak kenal dengan Popo :'|

I'll miss you badly Popo, janji nanti kita jumpa kat syurga ya? Insya-Allah! :)
Baru je semalam tengok Halaqah "Bil Terakhir" dengan ummi :) Btw, citer ni kalut tak? Eheheheh.

Labels: , , ,

design by Wanaseoby