おはようございます
To-Do-List Holiday Planning.
posted by Mirza^Husna 11:17 PM 0 comments
Assalamualaikum dan Hello Earthlings.



Huwaahh rasanya semua bebudak sekolah mesti in school holiday 'environment' aite? Am I right? Aii tahulah sebab......aii pun sama! Ahhahaha apelah guwa pun still memegang 'pangkat' pelajar whattttt.

   Jadi, saya disini sebagai pelajar biasa yang tidak lari daripada menjadi seperti kebanyakan pelajar lain menghabiskan masa cuti sekolah yang panjang dengan aktiviti yang err boleh dikatakan tidak mendatangkan apa-apa faedah, serta mencampak buang masa.

Say what? Kalau dah seminggu tu asyik solat Subuh bagai telur dihujung tanduk, lepas Subuh, kembali gugur di atas lantai bilik beralaskan karpet dan berbantalkan Spongebob yang pengsan tidak sedarkan diri akibat jatuh katil malamnya itu. Dan hanya bangun apabila siren amaran berbunyi (suara baba) panggil untuk sarapan. Sungguh tidak patut, bukan?

   Oh belum habis. Ada lagi. Lepas sarapan pula sengaja me'nyibuk'kan diri dengan bermain game Subway Surf kat phone sementara tunggu giliran pakai pc. Kalau lambat bagi sangat, masuk bilik bongkar laci tengok khazanah-khazanah yang dah kumpul setelah sekian lama, kira duit yang entah dah berapa kali, dan aktiviti terakhir baca novel landing kat atas katil.

   Adakah itu pengakhirannya? Oh masih jauh. Belum lagi. Pastu mata akan mula terkena serangan daripada syaitonnirojim membuatkan mata terkulat-kulat terpisat-pisat dan tuppppp oh tidak saya kalah. Gugur buat kesekian kalinya diatas katil yang empuk. Bangun bangun dah pukul 2.30. Ngee drama apakah ini? Saya tidak sukaaaa!

   Petang tu pulak, dah dapat pc tengok Running Man kat youtube. Aktiviti mahu meng'update' blog ditolak ketepi lalu tertangguh secara 'tidak' sengaja. Ini kerana video klip Running Man mendominasi ruang pc. Bahagian yang menggeletek hati terus diulang-ulang sehingga pc pun naik jemu well biasalah 'not responding' time tu baru nak insaf. Dan masa terus berjalan dah magic plingggg eh dah Asar?

   Malamnya.....eh oh kejap dah nak habis ni, jap jap. Hmmm malam? Tiada aktiviti tetap, kadang-kadang main My Sweet Bodyguard & Be My Princess kat tab. Kadang-kadang menonton tv yang siarannya entah apa-apa. Kadang-kadang merenung kedalam pc entah tujuannya apa. *alamak terikut anwarhadi* Sehinggalah diri ini menghamparkan badan keatas katil beradu.

Dan esok? Perkara yang sama turut diulang-ulang! Cuma masanya sahaja yang berbeza! Membosankan bukan? Ahhhh~ What's this? I absolutely hate this!


   Maka, adalah wajib kiranya tuan hamba membuat resolusi untuk menyelesaikan masalah tuan hamba mengenai sikap negatif yang ada di dalam diri yang daif ini. (tetiba bahasa tukaq pi zaman kesultanan melayu melaka)

So jom ZOOOOOM~ tengok apa To-Do-List yang aku dah listkan. (aku pulak?!)

•Kemas bilik
•Edit blog
•Khatam novel
•Revise Math syllabus form2

•Update post blog bebanyak
•Mintak baba skateboard seblum habis holiday lalalala~
•Kapur kasut baru~
•Turun 3kg :d
•Post hadiah untuk precious friend
•Buat buku resepi sendri

•Marathon Hana Kimi & Running Man
•Sohibul Qur'an
•Majalah sekolah fully DONE!


  TADAAAAA! Banyak kan? Hmm takut jugak buat bebanyak yang jadinya sikittttt je.Takpe takpe insha-Allah aku boleh punyaaaa~ Pasni kena salin pastu tampal kat board bilik. Ya bak kata anwarhadi tukarkan yang abstrak kepada yang nyata ^ _ ^

Oh ye lupa aku nak gitaww~ :p Actually aku buat cemni sebab aku dapat inspirasi dari vlogger IniAnwarHadi. Dia punya vlog betul-betul buat aku ke dunia realiti. Dan saat tu baru aku macam tersedar dari mimpi yang panjang. Haihhh rugi laaa, tapi takpa it never too late, bebeh ;) Nah, oleh sebab saya baik hati ni aku kasi videonya.






Doakan aku disini kuat! Kalau kawan-kawan juga mahu ber'transformasi' mari sertai saya! Lagi ramai lagi best! Hihik. Mari menjadi antara mereka yang terbaik dimuka bumi ini! Till then, Assalamualaikm, chiaoo~

Selamba mamba aku jeh kan main aci redah buat post panjang setelah sekian lama invisible? Takde maaf pulak tu.Haha ok ok, setinggi-tinggi minta maaf aku hulurkan buat anda yang masih sudi menjejakkan kaki ke sini walaupun untuk melihat post baru adalah umpama menunggu bulan jatuh ke riba. Okey, papepun, terimakasih!
design by Wanaseoby