おはようございます
Salam Eidul Adha, uollzzz.
posted by Mirza^Husna 5:08 PM 0 comments
Salam'alaik and Hello Earthlings!

Entry ini sepatutnya bertarikh 16 OCTOBER 2013. Disebabkan kekangan masa yang melampau, ianya ditunda hingga ke hari ini. Sila faham. Wkwkwkwk.

"Oh mak terkejut!"

16 OKTOBER 2013-Sekolah guwa telah menjayakan program Lembu Engkau, Lembu Ku Jua (oh lawaknye -_____-) Hari Qurban ye cam biaselah. Sekolah sekolah lain pun ade buat jugak kan. 

TAPI! (omak kau) guwa rasa sangat something Qurban tahun ni. Yep, feel blessed sangat. Orang ramai.......... sembelih lembu, lapah daging, potong daging, agih daging letak dalam plastik........TOGETHER. Hahahahaha sengaja capslock efek selingan.

Somehow, tu dah menunjukkan wujudnya sifat kebersamaan dan kekitaan di kalangan asatizah&murid-murid MITT. Kan sawet tu. Aiceceehhh sebak tetiba. Even tak semua. Yeah, Amie kau datang! Ngelat kau rugi gilaaaaaa bhai.


Okeh! Start citer. Pap pap *tepuk tangan*


    Memula waktu Subuh tu, taktau nak pakai baju apa Baju Kurung ke Baju Muslimah. Tanya Ummi, "Ummi nak pakai baju ape ni?" Ummi jawab, "Kalau nak tolong pakai lerr Baju Muslimah, kalau tak, Baju Kurung jelah."

Tskkk. Okey, mendalam maksudnya.


   So on, Tasha pon pakai Baju Muslimah, peerrrrrrgggggggghhhhh nasib baik. Okey, Aten pon. Waktu memula datang sekolah pi beratur kat Tapak Perhimpunan. Fulllaaaaaamaaaak wei Aten.......!


"Wuiyooo kenapa semua orang ber-baju kurung?!" dia bersuara terlebih dahulu.

"...............ala kita jadi limited edition sikit ah." jawabku yang nyata selamba namun dihati hanya Tuhan yang tahu ewah.


Dahlah kiteorang datang lambat nak mati (bhahaha cam tak biase je engko) memang agak menjadi perhatian gitew walaupun hanya perasaan perasan di dalam lubuk hati. Malu sebenarnya. Aku pakai setokin warne-warni seriang kanak-kanak Ribena. Orang lain sibuk baca Ma'thurat nak tengok engkau buatpe doh.


'Eleh, macam lah orang nampak.' getus hati kecil guwa.


Malu malu pun pada akhirnya sampai jugak la kat tapak perhimpunan tak macam orang tu tunggu kat tempat keji selama dua jam lamanya kueheheh. Sapa makan cili dia kena apendiks XD lalalalala.


Lepaih je habis beratur, dah mula start (mula start??) nak sembelih lembu. Kat padang.

Lembu paling agresif. Rasanya.

Ni lembu last sebenarnya hahaha. Tapi kenapa letak gambar ni dulu? Senang je, lembu first mestilah bebudak semua eksaited nak tengok dan kami pun terkapai-kapai di belakang ribuan anak kecil. Namun, selepas lembu kedua, ketiga dan keempat mereka pun blah. Bhuahaha, actually diorang kena rehat, makan heheh! 

Maka, dapatlah kami menangkap gambar yang sebegini dekat tanpa perlu zoom keke.

Sebenarnya, budak menengah pun kena rehat, tapi kiteorang lebih sanggup ikat perut semata-mata dan sehidung-hidung nak close-up muka lembu. Hadirin sekalian yang membaca, inilah contoh budak pekan yang jakun         -________-

Nak close-up sangat. Cemnilah jadiknye. Takpe, ade keberkatannya disitu cehceh.
Kasut + Lumpur = BERKAT
(Formula baru)

Seriyes! Malu sebenarnya (lagi sekali) nak tangkap gambar memandangkan kiteorang THE ONLY budak perempuan kat situ. Nasib, budak sidang redaksi. Phew *tengok kuku* (credit ; Tasha)

Terpaksa tebalkan muka. Nanti malu-malu dicop gedik pulak. Naya je. Nak jadik perempuan cool! Kan, Tasha?

Dan hasilnya....................

Ta-da! Aku suke yang ni. Segar dari padang kihkih.

Kenapa gambar ni takde jantina berlainan? Sebab diorang dah mula nak lapah dah. Dan sadisnya, waktu reramai kaum Adam tu, banyak gambar spoil. Ni terhalang la, blur la, senget la. Failed! Ni je cantek! 


Terpaksa tebalkan muka. Gambar spoiled. Kasut lumpur. Huahhahahah penantian satu penyeksaan T___T takpe, ada keberkatan disitu (ulang balik) inshaAllah :D

Kerja melapah.

See, betapa ramainya jika nak dibandingkan dengan dua orang makhluk perempuan yang taktahu malu sedang sibuk menangkap gambar. Ops, bukan taktahu malu, cool je ^^Y

   Then, bila diorang dah setart nak lapah daging, kiteorang blah. Nak makan derrrr. Pagi tak sarapan. Lapar tak lapar. 


'Cantekkk! Kantin lengang.' sengih guwa dalam hati.


Makanya, kiteorang pun pergi mengisi perut berkerongcong yang menyanyikan lagu 'Hari yang Gelap, Kini Sudah Cerah' dengan senang tanpa gangguan makhluk yang tidak dikehendaki. Lepas makan, apalagi! Projek rahsia! Kehkehkeh.

Gedik.

Gedik kuasa empat.

Dah tepek dua je. Nanti tergoda pulak letak bebanyak. Heheh, takdelah. Gambar lain semua over bariaaaa. Taksanggup rasanya nak letak --'

Dah puas berangan (pergh aku berangan siot tak menahan) ok, back to normal. Button normal ditekan kehkeh, wujud pulak.

Kiteorang pi balik kat tempat tadi. Tapi yang berkhemah, memang untuk tempat asatizah semua nak lapah dan potong daging kat situ. Skreettt malu sekali lagi dan lagi sebab orang dah ramai, baru nak tolong. Huwaaaaa, sedih aa hidup ceni. Asyik malu jeh ;(

Malu, pergi cari Ummi Matahari nak ngendeng. Haha, tengah susah baru nak carik ummi. Keji punya anak! Ciskek. Taktau nak buatpe tengok je ummi potong daging.


"Ummi, takde pisau lebih keee?" tanyaku olok-olok. Padahal dah tahu jawapan yang sudah terang lagi bersuluh.

"Hmmm? *cari cari pandang kiri kanan* takde." balasnya. Dah agak.

Menutup kebengangan. Taaaapiiii, Ummi Matahari tak layan. Tsk tsk. Foine

Lepastu, ade certain cekgu-cekgi yang suruh kiteorang amikkan gambar. Pastu kiteorang macam oyeahhh masa yang dinanti-nanti sebab acam takde keghja kan. Kiteorang pun round round bulatan bahagia dibawah khemah itu.

Memotong daging.

Memotong (bukan menetak ke) tulang.

Memotong daging di celahan tulang.

Banyaaaak jugak ah gambar kiteorang tangkap. Tapi bila tengok balik tak banyak pun sebab menggunakan kamera yang banyak, sebab tu rasa macam banyak wuahhahahah.

Lepas dah siap tangkap sumeee, dah taktau nak buatpe lagi. Dok sebelah Ummi Matahari balik semula. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.


"Eh kau yang dok tercegat kat situ pesal, ni taknampak orang banyak kerja. Pegilah tolong. Ni ha tolong ni angkat daging dalam dulang. Tu pegi timbang daging masukkan dalam plastik blablablablablablabla." bebel Ustazah M (bukan Ummi Matahari!) Sakit hati pulak aku.


Maluuuuuuuuuuuuu woooiiii! Kena marah depan sumerang. Ciscis.

So that's how the beginning cane kiteorang mula dapat kerja muehehe. Tulah selama ni duk tanam anggur je (tetibe dan takde kaitan) Sakit hati jugak dia bebel&marah but heyyy, thankyou :D dapat jugak carik kerja. Takdelah nampak macam kiteorang ni berat tulang mihmihmih.

Kiteorang tolong bahagian 'timbang daging dan masukkan dalam plastik' (what a name) bersama Akak Senior SMA. Oh bulatan bahagia kiteorang ni takde gambar, lupa muahaha sadis. Takpe takpe. Btw, akaks-akaks semua ni hebatszz betul! Tak percaya?


"Akak, bila periksa SMA?" tanya guwa menduga.

"Esok." balasnya pendek.

"HAAHHH?! SERIYES?!" suara guwa dah naik satu oktaf.

"Betul ler, nampak macam tipu ke." nada bersahaja.



The rest  is history.

Hebat en? Orang yang esok periksa, tolong weiii! Mesti dah prepare kaw-kaw punya untuk ekzem. Ni yang terharu ni. Yang dah habis periksa, mahupun tak periksa dok selamba mamba je goyang kaki, tolong tengok takde rasa bersalah (aduh terasa)


Sambil-sambil buat timbang daging, sambil-sambil amek gambar. Puunnnnn boleh. Peringatan ; taksemua gambar ni amik waktu timbang daging, ada je yang waktu round-round tadi. Sebab tanak gambar meleret banyak, kite buatlah propa hehe. Peaceee!

Bulatan bahagia dekat-dekat bulatan bahagia kiteorang. Btw, sape kenal? Tengok belakang je dah tahu, ini adalah adik crush Yashemiin. Muahaha! XD

Ops, dilarang menonggek di tempat awam. (ni bukan ustaz jadi tak mengape)

BAAAA! Seram bukan? Wuuuu.

Sistem pencernaan. Stomach, small intestine and large instestine. Pergh, sains sungguh!

Pastu dah, siapppppppppp! (boring sungguh citer engkau) Then U.Ghazali mintak basuh pisau. Kiteorang on je. Pegi kantin, tumpang tempat singki basuh pinggan kat belakang luar. Dah siap jugak, pergi balik ke khemah. Tetiba hujan.


"Tau tak kenapa setiap lepas Qurban, hujan?" tanya Tasha kepada guwa.

"Tak."

"Sebab..............."

"Eh jap, tak suruh citer pun kenapa."

"Eh? Hahahaha. Takde, nak citer jugak. Sebab Allah nak tolong cucikan darah. Kan macam darah binatang busuk, nak kurangkan busuk la kiranya."

"Yekee?" keningku dijongket sedikit. Guwa terdiam kejap, lalu menyambung.

"Eh tapi cam betul je, sebab tahun lepas pun hujan jugak rasanya." balas guwa sekadar menjaga hati.


Lepastu tetiba aku terpikir, kalau cemtu lah kan. Kalau 1Malaysia buat Qurban pada waktu yang sama. 1Malaysia hujan?! Macam tak logik, tapi tak mustahil.

Btw, jangan percaya Tasha cakap, Ummi Matahari cakap benda tu takbetul (agak-agak bengang tak Tasha baca post aku ni wakakakaka)


Dah selesai kemas semua, waktu agih daging. Oh lupa nak bagitau, waktu potong daging tadi-tadi semua. Budak rendah takde, diorang ade aktiviti sendiri. Saje kot buat cemtu, kalau tak diorang sibuk, payah!

Haaa, waktu agih daging tu Ustazah M bagi aku daging.


"Nah, ni ha Mirza amik banyak sikit. Dia banyak tolong ni blablablabla." (Ustazah M cakap memang sentiasa panjang :D)

Aku terharu. Haha! Sebab ekceli aku tak tolong banyak pun. Tapi aku terpaksa menolak.

"Err aaa....................."

"Eh takpayahlah ni semalam dapat daging, buat Qurban kat kampung takhabis lagi. Family pon bukan ramai sangat. Berkulat nanti" Ummi Matahari tolong aku pheww. 


Btw, takingat pon Ummi Matahari cakap cemane, men sukahati jeh. Ade ke hah daging berkulat? Bhahahahah. Err aku tak sure pasal tu :/

But, end up dapat jugak. Tapi bagi pokcik Tasha.


"Hai, saya retissss" bisik hati kecil lembu itu.

Saja tepek dua. Okbye. Assalamualaikum.

Kan dah kata, Qurban kalini sangat something. Mueheheh uollz yang baca nih something tak something tak? MACAM SOMETHING JE!
design by Wanaseoby