おはようございます
Because everyone is gifted.
posted by Mirza^Husna 9:31 PM 3 comments

Salam'alaik and Hello Earthlings.



19 OKTOBER 2013-Ummi Matahari menelefon Ustazah Maizan yang ditugaskan untuk mengambil result bebudak PMR kat Pejabat Pelajaran Daerah. Oh lupa nak habaq, aku sefamily kat Langkawi waktu ni makan angin (no wonder perut kembung takde kaitan) makanya aku tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah bagi mengambil sendiri result aku. Sedih siot. Serius sedih. Wuwu. Muahaha ade sape kesah?



"Hello Assalamualaikum, haaa Maizan ni Kak Su. Result dah amek kat PPD?  Mirza dapat berapa?"







"YEAY 9A!!!" daripada suara yang aku sangat kenal. Buntang sekejap mata aku waktu tu.








Hmph. Baba ni buat terkezut orang je, Ustazah Maizan belum cakap paper lagi.




"Takbaik tau tipu." nada merajuk. Serius, sebab takut nanti hampakan harapan parents je.



"Oooo yeke. Alhamdulillah. Haaa er aaa oooo eh ahahaha. Orait, baik baik nanti Kak Su hantar. Syukran Maizan. Waalaikummussalam." salam bersambut dan talian dimatikan.



"Tahniah Uma :D" sambil menghulur tangan nak salam.



"Aaaaaaa?" balas guwa cuak. Gila punya cuak.









"8A."










'YEAY YEAY!!" Baba bersorak sambil meng-bridal hold guwa. Tercengang guwa sebentar. Takpernah-pernah tetiba.........malu. Dah lah makin hari makin berat -____________-


Imagination.



"Tipu."



"Ya Allah. Boleh tak percaya budak ni."



"Tapi.........................."




"Dah dah Ummi dengan Baba doa tiap-tiap hari siang malam asyik berjaga mencari cucu di mana ada ewah (k ini tipu) doa ibu bapa kan makbul? Dah dah."






"Apa yang spoil, Ummi?"



"Geografi kut."



"Eh yeke? Apesal haritu Uma tengok Geo macam senang kacang cap tangan je jawab. (ewah nada kerek ye kawan-kawan)



"Dah dah tayah nak pikir sangat. Ni semua berkat aku ajar kau muahahaha." tempik sang kakak. Ni lagi satu kerek.



"Tapi.....................aku tak guna banyak formula pun yang kau ajar. Banyak soklan dia twist sikit, aku dah pitam. Blur nak pakai formula mana satu. *garu kefale*"





"Eh jap, Ustazah Maizan ajar subjek kemende?" Ummi Matahari tetiba mencelah.




"Hmm? Geografi dengan Math."




"Laaaaaaaa, haa betui lah kut yang spoil tu Math haha. Sebab Ustazah Maizan cakap subjek yang dia ajar. Ummi ingat Ustazah Maizan ajar Geo je hehe."




"Pfftttttt, haaahaaa ni baru kut masuk akal sikit hahahhaaha." balasku menghela nafas lega. Lega sikit, kecewa pun ada hehe baru nak feeling-feeling miracle. But takpelah, lain kali mungkin. Mungkin. Kalau diberi peluang hmm.




"Ceit, aku baru nak bangga." jelas nada kesal disitu.



Disappointed faces kehkeh.






    So that's it. Alhamdulillah, segala puji-pujian kembali kepada-Nya. Semuanya berlaku atas kehendak yang Maha Kuasa. Aku bersyukur. Sangat sangat. Terharu gembira sebak teruja sedih tak percaya bangga (sikit ops pergh tanda-tanda riak naudzubillah mohon dijauhkan) mixed feelings. Ahh, this i can't even express my feelings that time muahaha. Omg jakun gila.



    Aku tahu, alaaa PMR je pun! Takyah nak mixed feelings tak percaya kerek bangga sangat la kan. Ya i know. Tapi, sukahati orang ah nak buat post wakaka. Ni salah satu cara nak appreciate diri sendiri lepas what have i've been through sucessfully hang tau dak?! (forever alone detected mari gelak beramai-ramai)





But seriyesly, aku masih tak percaya.




Bahasa Melayu paper 2 bab karangan. Aku jawab peribahasa 'yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran' and it's stated kat situ yang main character dia mesti wajib tidak dapat tidak kena nama Amin. Kau tahu betapa bangangnya kesempitan ideanya aku saat itu, aku buat jalan cerita pasal harimau yang tamak. And that's rimau's name is Amin. Yeah, Amin's The Harimau. Well done, Mirza. Well done. Tak cukup setakat itu, nama sang emak pulak ialah Puan Bella. Pergh, Amin yang nama acaca soleh clash dengan emak yang namanya boleh tahan gedik.




Ada lagi, Sains kertas 2, kemain hentam keromo aku jawab pasal pembiakan. Serius, TAKBACA LANGSUNG! -,- sebab trial tak masuk kan so expect yang bebetul pun tak masuk ah. Pergh, yang ada gambar rajah macam sistem pembiakan wanita pastu ade baby dalam perut tu kan aku main letak je vesikel semen. Kahkah boleh? Kot kau letak serviks ke tiub falopio kot logik sikit kan.


Jawapan; Uterus



And careless paper last Bahasa Arab. Insya' arahan suruh buat 1 perenggan je. Aku yang beriya terlebih ni pegi buat 3 perenggan. Semangat sangat ok hadirin sekalian yang membaca mentang mentanglah last payyyperr menonong aje jawab tak tengok kiri kanan (eh mana boleh tengok kiri kanan waktu exam)




The last thing, Math. Aku saaaaaaaaaaaaannnnngaaaaaaaaaaatttttttt blank ketika itu. Selak kertas dengan rakusnya sebab nak carik formula. Tekan kalkulator kuat-kuat. Hitamkan omr pun comot je. Serupa budak darjah satu baru lepas makan eskrem takde kena mengena. Sampai pengawas peperiksaan tu nak kutip pun aku still terkontang-kanting nak hitamkan. Nasib baik pengawas tu baik, dia pi kutip kertas orang lain dulu phew. Waktu tu, dalam hati aku fikir dapat D pun dah okey sangat dah. Boleh bayangkan betapa Math aku sangat dah takde harapan.





     And ade certain orang aku citer la gini gini macam mana boleh jadi gini gini. Yelah kan, trial aku sangat tak daebak. Takde A bak angg. Langsung. Tetiba..................pooommm! Tak macam terkezut ke, sebab aku tahu tahap aku sampai mana. Tak expect lah dapat gini. Bagi aku waktu tu 2A pun dah rasa macam heaven gila. Cause expecting too much sometimes will make us disappointed.


Pernah tanya seorang senior.


"Akak akak, PMR dulu akak dapat berapa A?"



"Hmm, 5A je."



"Ooooo trial?"




"Sama jugak, akak biasanya apa yang dapat kat trial, yang betul-betul punya mesti tak lari jauh :)"




-----------



So dari situ aku macam.....................okey taknak target tinggi-tinggi. Memang dah takde harapan.


Reality bites.


The second people yang aku buat sesi curhat after my parents is Tasha. Yes, message only no meet-meet haha.

Sebab mesej ialah benda yang nyata that's why aku ingat, pasai dah memang permanent je kan kat inbox. Kau boleh re-read (betul ke ni) bebila masa je.

Berlainan pula kalau orang bagi advice, ianya abstrak kita tak nampak dan orang akan cepat lupa kengkadang masuk telinga kanan pruuuttt kentut, dah keluar :D (kentut pulak dah kenapa)



"All in hikmah."


That's all. Noktah. Memang nampak agak tak romantik (lol?) but actually these simple words lah yang buat aku terfikir. 

Ianya sebab, all. SEMUA. Dalam hikmah. Even, aku ni ni yang tengah menaip ni ada hikmahnya. And uollz yang tengah baca hasil taipan aku ni pun ade hikmahnye. Walaupun aku taktau lah apedia kan.

Yup, mungkin aku dapat result begini actually ujian untuk aku dan bukannya sebab aku terror ke apa. Allah nak tengok aku riak tak, lupa diri ke, kedekut ilmu dop, bersyukur ke tidak dsb. 



And vice versa.




Second, Solehah


"Walaupun usaha awak tak banyak, mungkin awak banyak menolong dan berbakti pada ibu bapa awak ;)"


I do agree with Solehah. Usaha tu penting, tapi keberkatan juga penting. Yes, perlu berbuat baik kepada semuaaaa orang again SEMUA especially ibu bapa (seriously i'm not that kind of daughter)

Bila sumerang senang dengan kita, Allah akan permudahkan urusan kita, dan doa antara kita dengan Allah dah takde hijab takde halangan. Senang paham takde tol :) Alah, tol yang makin lama makin naik, macam berat badan aku mwahaha k mengeji diri sendiri?


See? We help people get benefit, we get the benefit back.


And the last one, Kak Kacang.







Persoalannya, layakkah aku? T________T





Anya?






     Walauapapun, jutaan terima kasih kepada (dah macam penghargaan memang penghargaan pon) Ummi dan Baba yang tidak putus-putus mengiringi anakandamu ini dengan doa. Jasa kalian akan anakanda kenang selalu. Akan anakanda berusaha menjadi the good daughter yang akan membuat kalian bahagia bukan sahaja didunia tetapi juga diakhirat inshaAllah sobs rasa macam tak layak taip begini T_________T


     Sekapur sireh seulas pinang, sesuci budi, setinggi kasih ditujukan buat ustaz dan ustazah yang tidak jemu menabur ilmu dan bakti kepada anak-anak MITT yang nakal dan berseribu satu macam ragam. Diharapnya ustaz dan ustazah semua tabah mengharungi hari-hari yang mendatang. Dan semoga setiap sumbangan kalian diredhai dan diganjarkan dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah.


      Sekalung penghargaan buat sahabat seperjuangan 3 Al-Qurtuby diatas segala tunjuk ajar ayah dan ibu saudara Batu Pahat pacik macik abang akak kantin cleaner kerani pasar malam kat luar jiran amoi cina sebelah rumah dan tak dilupa, my unnie yang kerek muehehe terima kasih atas segala sokongan dan dorongan yang padu dan jitu yang cukup membakar semangat saya. 




Terima kasih semuaaaaaa!! Kamsahamnida!! Saya Cinta Malaysia!! (tetiba)






Btw, haritu naik sekolah borak dengan Ustazah Maizan. Dia cakap..........







"Saya tak sangka Mirza boleh dapat." sambil tersenyum nampak gigi.








EEEEHHHH?! Maksudnya apa ustazahhh??  .___________. takpelah saya sendiri pun tak sangka haha. Alhamdulillah. Praise be to Allah.



P/s ; Terima kasih juga buat folio kerja kursus Geografi guwa sebab tolong menjadi sumber inspirasi guwa nak buat penghargaan dalam post ni wakaka.
design by Wanaseoby