おはようございます
Spontaneus Sunday; Public Speaking yang Debor Gila.
posted by Mirza^Husna 10:45 PM 0 comments
Assalamualaikum and Hello Earthlings!


Woah, lamanya tak update blog. Pejam celik pejam celik dah masuk Februari. Sedar-sedar dah SMA. Tetiba masuk U, and then kerja 7Eleven (eee tanak) pastu kawen. EH? Ngaaa, why time flows so fast? Taknak jadi tua taknak jadi nenek :(


Argh, melalut.


    So today harini, I ada buat public speaking syair Bahasa Arab yang bertajuk "Innamal Faghiru Jahlan Bil Hasab" (tak tahu makna pun takpew aii pon taktau yeww haha) kat tapak perhimpunan a.k.a surau -,- paired with Amieratul Si Keding. Bunyi macam watlek watpis kan aku?



Tapi jangan tak tahu! Kadar denyutan jantung aku waktu tu boleh mencapai 470/kmj! Pergh, hiperbola tak hiperbola yang penting Matematik aku B jadi jangan percaya miahaha.
Selesai membaca Al-Ma'thurat.



"Al'an taffadhallu li ukhti Mirza Uzma Husna wa Nur Amieratul Hannani li ulqiya assyi'riyyah al-arabiyyah amama, taffadhol masykura."



Aku macam  O___________O  aku belum readyyyyyyy laaahhhhh. Kononnya waktu Al-Ma'thurat tadi hormat la kan takkan nak hafal waktu orang lain baca Ma'thurat. And ingatkan sebelum turn kiteorang adelah ustaz/ustazah nak bagi ucapan, bolehlah preparekan diri dulu ghupenyaaaaaa kebiiiisssshhhhh haaa amek kau! Ewah sound effect dia.




Agak lama jugak macam terpinga-pinga. Amie dah "Mir, aku takut. Kau ah jalan dulu." Haih la budak ini. Berbekalkan semangat dan keyakinan yang tinggi maka aku pun bangun dan berjalan melewati banin-banin dengan muka tak beriak. Serius, aku rasa cool gila waktu tu! Ingat senang ke nak tahan sengih? Hahaha boleh blah. And Amie just follow after me





#Advice ; Elakkan senyum kalau terserempak dengan lelaki. I mean kalau tengah gegelak dengan member ke kan terus tukar muka jadi pembunuh upahan muahaha. Jangan buat eye contact! Tundukkan pandangan atau pandang straight ke tempat yang kita nak jalan (untuk nampak cool) Paham? Pedulikan la banin tu. Buat macam dierang tak wujud. Boleh? :)


MC ketika itu pun menyerahkan microphone. Okey.......asal pelik mikrofon ni? Hahaha nak gelak tau waktu tu. Tahan jee.



"Bismil......................." krikk krikk.



"Eh asal tak bunyik? Aku belum on ke? Pfffttttt" kata guwa kepada Amie. Gelak dah terkeluar sikit.



Cek mic, eh elok je ni. Dah bukak dah pun.



Tepuk tepuk mic. Okey. Bikin saspens jer ngko nih.




"Bismillahirrahmannirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya'i wal mursalin wa ala aalihi wasohbihi ajma'in, amma ba'd." bernafas nafas guwa membacanya sambil mengigit bibir ngaaa. Ternampak kelibat Ustazah Maizan dan Madam Sa'adiah mengintai di belakang ewah.



"Eh lepastu ape?" mic dijaukan aku memandang Amie, meminta pertolongan.



"Al muhtaram..." spontan dia menjawab. Aku mengangguk.



"Al muhtaram ra'issul jilsah, al muhtaram mudirul ma'ahad liqismis thanawi, sufuful asatizah, attullab wa ttolibat........attullab wa ttolibat err aaa al'aizza'i jamian." 



"Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokaaaaatuuuuhh!" nada sura naik satu oktaf. Part ni je ek kau lancar -________-



"Waalaikummussalam warahmatullah hi wabarokatuuuu......" kuat mereka menjawab salam. Bagus banin ni. Tak sangka pulak aku diorang nak jawab kuat kuat. Rasa terharu tetibe. Haha.



"Naqumu amamakum fi hazas sobah linulqiya ba'dal abyaati assyi'riyyah tahtal maudu'........tahtal maudu' innaha........eh innamal faghiru jahlan bil hasab........" Ustaz Ghazali dengan Ustaz Ya'akob dah sengih lebar. Ceh, tayah ah gelakkan! >///////<



Empat rangkap syair turn Amie. Part rangkap ketiga ada problem siket...



"Innama.....err........innama........" susah betul gamaknya Amie nak ingat. Sampai pejam mata.



"Faghru."



"Innamal faghru bi aqlin rojih, wabi akhlakqin hisanin wa adab."



"Ayyuhal mustami'unanl kiram, awwalan. Kullu insan wahidatu............err............wahidatu abin wa............err................."



Sorry Mie, aku takboleh tolong. Aku tak hafal. Hukhuk.


Dan akhirnya, Amie habis lah jugak addurus wal ibar walaupun tersangkut-sangkut.



"Robian, annasabu la yufidu shai'a iza lam yuqtaron bi akhlaqil hamidah. Khomisan, ali'timadu alan nafsi.........afdholu bikhathirin minal iftikhori binnasab." nada suara dah stabil sikit, gagap pun dah kurang.



"Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh." Amie membuat penutup dan memulangkan mic ke mc. Aku berjalan menuju ke tempat banat dan Amie di menurut di belakang.




Tetiba......................




"Good job, girls!" kata Madam Sa'adiah sambil membuat sign 'good'.



"Ehee, thankyou madam." sengih tersipu-sipu


.
"Kuat gila suara!" komen Tasha.



"Eh kuat sangat ke?! Amie?" 



"Kuat, aleh suara korang kan memang dah semulajadi kuat ni lagi pakai mic haha." 
"You sounds like your sister, just now ehehe." 


"I take that as compliment, yes Madam?"


"Yes you can, cause both of you sounds cute." jujur Madam Sa'adiah. K takperlu jujur sangat :p


Taktahu nak balas apa kang perasan pulak. Gelak je lah mampu.


"Well, I can see that you are less shy now. That better for you." ngeeee i loike this.


"Because when you are growing up, you must familiarise yourselves for public speaking. Then you we at the universities it will easier for you to make presentation. There, you will faces twenty times more people than here. It's good to make preparation from the beginning." aura ibu Madam Sa'adiah dah keluar.


Thankyou Madam for the advise :D
     That's it. Alhamdulillah everything going just very well. Walaupun kaki dan lutut waktu tu serupa tengah mengalami gempa bumi ukuran 8.3 skala richter dan jari-jemari tengah berada dalam ekuinoks musim sejuk, I can manage it till the end haahhh :) *senyum puas*



    Btw, nak tips tak cara bercakap dikhalayak ramai? Ni ikut pengalaman sendiri okey?



1. Tarik nafas dalam-dalam. Sebab waktu ni nafas kita jadi laju macam kena kejar rimau. Serius tak tipu! :O jadi untuk menyestabilkan sistem respirasi make a long inhalation.



2. Buat eye contact dengan orang yang kita selesa. Yang buat kita tak berdebar-debar. Ewah. Hahaha contohnya macam aku tadi, aku selesa buat eye contact dengan Ustaz Ghazali je. Sekali-sekala tengok budak form1 form2 yang masih tidak tercemar fitrahnya haha. Takdela nak liar mata ni tengok bebudak encem upper form wakaka.



3. Elakkan buat eye contact dengan crush. Serious talking, korang akan lebih berdebar-debar sehingga jantung mahu terkeluar dari tempatnya. Tambah berdebar sebab tengah buat public speaking. Even kalau takde crush sekalipun jangan tengok. Sebab dari mata turun ke hati eceh. Tapi kalau korang pandang and be professional muka takde perasaan, its okay then. Oh ye, boleh jugak tengok dahi je. Maka, kita perasaan kita akan lebih terkawal.



4. Senyum. Yes, kalau masam, muka ketat susah untuk kita bertutur dengan lancar. Senyumlah even if its look like a bit hypocrite. Kesannya, korang akan bercakap fluently secara automatik and suara akan lebih ceria dan berintonasi dah akan menarik telinga-telinga supaya mendengar apa yang sedang diperkatakan. But, lepas perform tahan senyum sikit. Sebab nanti senyum lebar sangat kang payah. Ramai pula nanti orang datang kelas mintak autograph wakaka.




Entah berguna entah tidak. Hahahha k till now. Assalamualaikum, bye!
design by Wanaseoby