おはようございます
How's My Tingkatan 4 Life.
posted by Mirza^Husna 12:14 AM 3 comments
Assalamualaikum and Hello Earthlings!

You jump I jump gelak hihihi err?

Dengan lafaz Bismillahirrahamanirrahim, izinkan tangan saya untuk menari-nari di atas papan kekunci solid ini setelah sekian lama asyik dok menekan papan kekunci halimunan kahkah. Sadlife.




Laptop saya rosak sebabtu saya malas nak update post *whisper*





Ah orang malas memang banyak alasannye. Jadi mari kita abaikan.



    Betullah kata orang, apabila kita berganjak ke gerbang ke'dewasa'an, nescaya kita akan dapati lebih banyak halangan dan rintangan yang datang dari serata ceruk dunia yang memaksa kita menghadapinya dan mencari solusi bagi setiap masalah dengan sistem fikiran yang rasional dan waras serta sedikit kematangan demi untuk mengajar kita erti sebuah pengalaman dan pengajaran dalam meneruskan liku-liku kehidupan.




Choyy sangat ke'dewasa'an haha! Padahal baru form4 walaupun hakikatnya hanya akan jadi 16 pada 9 September nanti tinggi 149 pun tak lepas saiz kasut 35 longgar pulak tu.


(korang boleh nampak betapa lamanya entri ini telah ditaip tetapi tidak di'publish')



Eh ingat dewasa pada fizikal je ke?




    Ingat. Kedewasaan seseorang ataupun usually orang sebut ke'matang'an seseorang tu terletak pada cara dan bagaimana dia berfikir, menganalisa, membuat pertimbangan dan konklusi akan sesuatu hal.


Well said, Mirza. 


(cakappandai)


-----------


Apesal aku rasa macam aku ni dah jauh sangat tersasar daripada landasan yang betul? 


Hahahahah lupakan pasal tadi, fius manetah dalam palehotak ni yang tercabut. Tu bukan benda yang aku nak taip sebenarnya. Entahlah imagine lain, yang jadinya lain bhahaha. Fail.



Okey! Kita citer jelah apaper ye. Meraban tak meraban belakang citer kehkeh.



    So, since aku tingkatan 4, sweet 16-teen katenyaaa banyak la pengalaman dan perasaan yang aku baru rasa tahun ni. Haha rasa yang tak pernah rasa pun aku dah rasa sekarang ni. Yang penting, rasa Baskin Robin flavour Mint Chocolate Chip aku belum pernah rasa lagi, eh itu tak termasuk dalam kategori ini ye kawan-kawan heh heh.

    
   

----------




'Life form 4 ni memberi seribu satu sense.'







Terbaca word ni.





Kat belakang kulit buku madah Hadith.






Tulisan Aten. (yang tak berapa cun)






     Waktu first tatap (tatap perghh tak menahan) tulisan tu rasa meremang sikit bulu roma tengkuk guwa. Aik pesal macam 'describe'kan untuk aku ja nih?




MACAM je la.




Tapi siyes macam nak angkat tangan tinggi-tinggi tak cukup tinggi lagi naik atas meja sambil gigih memegang sepanduk 'Saya Setuju.' dan menyanyi lagu Negaraku tanda setuju yang amat dengan statement yang direka oleh kakak wa tu.








Hiperbola bukan.


- Sense kuat makan.




Nampak gayanya, tahun ini nafsu makan aku sangat membuak-buak. Lain macam betul. Asal nampak yang namanya makanan mesti naik tanduk.

T-tapi aku taklah begitu bila aku nampak makanan kepunyaan orang. Baik sikit ye akhlak, sedari.



"Alaaaa, semua nasik sama je (portion)" lauk tomyam tak sedap la nasik sikit.


"Kita taknak banyak. Nanti kita bagi sikit k." Tasha dengan baik hatinya telah meng'infaq'kan nasik beliau.



"Haa, okey!" mata bercahaya umpama mentol Philips terlebih megawatt.



Amie di depan guwa kelihatannya meletakkan lebihan nasik ke pinggan lain.


Nak je amik pinggan tu. Tapi malu lewww banin beratur panjang di sebelah. Jatuh la saham aku. Nanti dilabel pelahap pula. Eh bukan memang betul ke hahah.



"Mi! Kau patutnye bagi aku! Membazir tau tak. Membazir amalan syaiton!" merengus.




Ah engkau menggunakan dalil agama untuk kepentingan peribadi. Sekeh kang.





- Sense berani ke depan.


Macam aku cerita haritu. Yeah public speaking. Actually, lepas public speaking yang satu itu, sudah beribu, malah beriban walaupun takdelah beriban mana public spekaing haa kau spekaing perginya ye ehem speaking yang aku telah buat cuma tidak digembar-gemburkan sahaja.



I kan low profile jerrr hihi gelak sopan. Takpa, next time aku cerita haha nak jugak.





- Sense malas oh adekah ini dikira sense wei



Lepas sudah (dah lepas sudah) mendapat result PMR yang tidak semenggah, aku jadi malas untuk belajar. Hahahah kengkonon bajet banyak sangat ilmu yang melimpah ruah bak chocolate fondue dalam palehotak bak angg. Padahal secoit mana lah ilmu yang ada di dada ku yang berbulu ini sobs.



Diriku kini selalu hilang fokus ketika di kelas. Bak kata ustazah Syariah. Penglihatan tembus sampai boleh nampak kelas sebelah bahkan sering juga munculnya kepulan-kepulan awam gemawan yang terapung di awang-awangan hadir tidak diundang di atas kepala tanpa disedari.



Mujur saja diri ini tidak turut terapung. Mujur sahaja, ya. Alhamdulillah. Kalau tidak, sudah tentu saya sudah berada di Myeong-dong. Hahahah taknak balik Malaysia lagik (cuma bercanda keke saya bersyukur kok saya lahir di Malaysia ok dah kenapa lenggok bahasa kau dah serupa orang gaji dari Jakarta?)



- Sense diam tiba tiba.


Ada kawan tegur, yang bahawasanya aku ni suka diam suddenly. Tak alih-alih diam. Diam tak alih-alih. Tengah sakan bergelak ketawa tetiba diam. Tengah membuang diam. Eh waktu membuang haruslah diam. Perlu ke bergelak ketawa sewaktu menyahtinja? Soalan disitu.


Yang ini............mungkin sebab kekeringan idea and i don't feel like talkinggg *emoticon wasep girl gaun merah*




- Sense cool girl (perempuan kool)



    Kalau dulu, aku mengaku. Aku sangat tak kool.


Bayangkan, asal nampak banin je seboleh-boleh nak elak. Tengah jalan kat koridor, peheheehttt (bunyi brek kecemasan) patah balik. Just because ada banin. Padahal berapa ketul je. Bukan segerombolan.


Pastu kalau time jalan, ada lelaki asbab tak sempat elak, aku akan sorok tepi Tasha/Amie. Tasha la sebab Amie tu lagi fobia ngan lelaki haha fobia sangat. So that, aku taknampak banin, banin tak nampak aku. Perasan betul banin tengok engkau oh puh-lease.


See? Betapa tak koolnya aku. Dulu.


Heheh, tapi sekarang. Tidak lagi *emoticon pakai spek hitam*


    Kalau tengah jalan kat koridor ke nak pegi kantin ke aku dah takde masalah (kot) kalau aku yang jalan kat depan. Tapi selalunya, kiteorang jalan sederet haha. Fair and square. Takde nak nyorok-nyorok.


    Jalan pun senyap, tayah nak tarik perhatian attention seekers sangat okey. Stapler kang mulut baru tau. Bising sangat you, gelak mengilai. Tak sopan tau hihi.


Mata pun jaga. Tayah sibuk nak tengok ajnabi.


    Lepastu, kadang-kadang kat kantin ada scene macam ter 'siapa nak jalan dulu'. Istilah sendiri harap faham. Contoh waktu nak letak pinggan, pastu ter 'siapa nak jalan dulu' dengan banin. And kat situ macam awkward kan. Aku sarankan bagi banin jalan dulu. Boleh jalannnnn itu banin kahkahkah k.


    Sebab term 'ladies first' is salah. Sedangkan Nabi Musa yang maksum pun tak sanggup lalu belakang wanita (wanita tu tutup aurat tapi ada angin kencang jadi kain terselak sikit nampak kaki) apatah lagi kaum Adam zaman kini yang imannya senipis kulit bawang :D


(aku tak kata semua but majoriti tapi kalau kau nak mengaku iman kau setebal kamus dewan bahasa pun tak boleh juge itu dikira ujub tahu haha)




- Sense of wonder.




Ha-ha-ha jangan pandang rendah ok. Ketahuilah bahawa saya juga berfikir kahkah. Weh, bukanke setiap makhluk hidup berfikir? Even, babi pun berfikir tau cane dia tiba-tiba wujud dalam Cadbury.


Wow isu sensetip tu ko jangan buat main.


Ok ok kita rilek brader brader rilek je k.


    Mestilah bila dah 'dewasa' (lagi sekali) kita akan terpikir baaaaanyaaaaakkkk benda. Kengkadang benda benda mengarut yang takyah pikir pun sibuk nak pikir. Tah pape.


    Memanglah dengan bersoal minda kita akan lebih kritis. Tapi kalau soalannya cenggini...........................




"Ummi, kucing mimpi apa ek?"



"Kalau manusia ada kutu, kucing ada kutu, adakah kutu juga mempunyai kutu?"




"Kenapa lelaki suka pakai seluar londeh?"



"Ummi, contoh la ada sesuatu objek kecil kat depan cermin tapi dia terhalang oleh objek lain yang lebih besar sampai dapat tutup objek yang kecil kat belakang tulah jadi sebenarnya ada ke tidak imej objek yang terhalang tu dalam cermin?" (siapa paham soalan ni pikiran dia cam aku; genius haha eh cakaplah amin)



"Kenapa kucing takda bahu?"




"Ummi, siapa pengasas (fuyyo pengasas) makanan sapu mentega atas roti?"




"Kenapa ramai orang tak suka kalau macik kantin masak kuetiau?"


----------------


Tak ke rasa soalan-soalan di atas lebih layak diberi penampar berbanding diberikan jawapan mengikut skema?


Jenuh la orang yang ditanya tu nak bukak buku wikipedia -,- yang obvious sangat takkan dapat jawapannya.





Dannnnnn soalan paling common........





"Ummi, betulke kita ni hidup?" *mata terbeliak*



------------------



    Idk. But sometimes aku meragui adekah aku ni hidup. Betulke nanti kita akan eh bukan dia more percaya tak nanti semua perlakuan kita ni akan ditonton semula.....PERCAYA TAKK?!


Percaya tak nanti kau ni dengan jasad ni akan dikapankan?


Percaya tak yang Allah tengah tengok semua apa yang kau tengah buat samada terangan-terangan atau yang tersembunyi?


Percaya tak nanti kita akan hidup balik kat alam lain?




Weh, aku bukan tak percaya tau. Sah-sah rukun iman. Kalau tak percaya, ish naudzubillahi min zalik.



But seriously, benda ni menggangu aku. Sometimes.


Tapi, ummi selalu pesan; Istighfar bebanyak. Tak payah fikir sangat benda yang luar had pemikiran kita. Percaya je, benda ghaib kan. Nak fikir, fikir kuasa Allah.




Senyum.


Maka, itu sahajalah cerita saya kali ini, how do i live for the past 237 days. Heheh. Okey, ada rejeki saya menulis lagi. Sampai sini sahaja. Chiao. Assalamualaikum!


Oh iya, aku ada periksa besar lagi 11 hari. Calon SMA ni weh hahaha. Mohon doanya, ya chingu-chingu sekalian!
design by Wanaseoby