おはようございます
'Cuti pergi mana?'
posted by Mirza^Husna 10:38 PM 0 comments
Assalamualaikum dan Hello Earthlings!


Oh sotong kurita enak dimakan begitu saja~

    Sebelum cuti semester kedua bermula (haritu), aku serta kawan-kawan Ribena ku telah bercadang serta membuat perancangan untuk menghabiskan sisa-sisa cuti kami di perpustakaan (skema bukan pedulik hape kahkah) Of couse lah purposenya belajar tidak mungkin pula bersuka-ria bermain basikal empat roda.


Satu hari, ada sorang kawan dari kelompok lain ok tak perlu 'kawan dari kelompok lain' sangat. Arfa sudehh. Arfa menanya kat aku.......



"Cuti pergi mana?"



"Library kot. Cadangnye lah."



"Oh." nampaknya Arfa seperti tidak berpuas hati dengan jawapan aku yea. Haha.



"Korang?"



"Kiteorang nak pegi pulau. Pulau Tioman." 'kiteorang' tu refer untuk Arfa dan buddyznya.



"Fuyoooo, untuglewww."



tiba-tiba terlintas sesuatu kat sereberum aku...........



"Kita pun pergi pulau gak. Hehe."



"He? Pulau ape?"



"Pulau Perpustakaan. Kikiki."



"Ha-ha-ha-ha-ha lawak -,-"



"Boleh lemas dengan buku-buku yang ada kat situ kihkih."







"Uzma cuti baba bawak pergi mana?"



"Pulau." Baba kelihatan mengerut dahi.



"Iye? Pulau mana?" Pakcik muka teruja nak tahu.



"Pulau perpustakaan. Kihkih." Ternyata harapannya hancur berkecai.



"Wakluuuu. Ingat lawak la tu." Baba mencelah. Hah kenal dah muka tu. Muka lega. Haha.





"Akak akak, akak cuti pegi mane?"




"Pegi pulau." jawapan mengikut skema diberikan.




"Oh, patutlah muka hitam." *pengsan*






Mak ai, selamba mamba je budak nih label aku hitam  -______________-


Esok paper Tahid & Balaghah. Satu hapak pun tak hapal. Wuwu mencik a cemni. Adios!
design by Wanaseoby