おはようございます
Perbezaan Ibu dan Ayah.
posted by Mirza^Husna 3:00 PM 1 comments
Assalamualaikum dan Hello Earthlings.



     Nak dijadikan cerita, rumah aku blackout. Blackout ke. Tendang kot. Maka asbab itulah pagar 'elektrik' rumah aku tidak terbuka walaupun sudah jenuh menekan punat remote gate sampai naik kematu jari ini. 


Haha. Dah takde elektrik function sangat pi tekan butang remote tu dah kenapa.


Buat seketika aku menyimpan dendam terhadap pencipta gate automatik ni. Ni namanya teknologi menyusahkan. 


Ekceli, boleh je buka gate even letrik takde tapi Baba cakap orang wiring salah pasang kehapentah ah ape guwe pedulik yang penting dua dua makhluk itu guwe berdendam.


     Aku + Ummi ni tengah penat baru balik dari sekolah ni weh penat tau penat. Call baba. Baba kata pergi la memane dulu, jakgi baba balik.


Kena paham. 'Jakgi' baba aku tau. 




   
       So yeah kami pun pergi berjimba kat Aeon Tebrau. Kurlasssss sangat ko berjimba bhahaha. Solat Asar pasume, cuci-cuci mata tengok si hensem b.u.m equipment, si menggoda Converse tengok jeling jeling dari jauh je la mampu kahkah.


Teneneng sangat membandingkan kasut sekolah koyak rabak compang camping sana sini dengan kasut Converse yang tersususn rapi pelbagai kaler kat rak uhuhuhu drama apakah ini.


Masuk Maghrib. Solat. Beli makanan sikit. Balik. 


Pfft, boring betul cerita engkau.




    Selepas sudah puas berjimba dan menunaikan kewajipan, kami pun pulang ke rumah dengan membawa segunung harapan (oh tidak lupa juga plastik Aeon berisi barang idaman kalbu yang kini sudah berada dalam dakapan huk aloh) dengan harapan bolehlah kiranya kami merehatkan segala anggota zahir dan batin.


    Tetapi sesungguhnya hancurlah segunung harapan itu apabila remote gate ditekan tetapi gate tidak memberi sebarang respon.



Penumbuk digenggam. INI SUDAH MELAMPAU!




  
 Dengan tidak berhati perut, aku memijak tembok dengan ganas dan mula memanjat pagar. 


     Sebenarnya, Ummi tak bagi panjat pagar. Ummi kata ngade-ngade   -______________- (takpaham ape yang ngade-ngadenya) Tapi sebab rasa ter'panggil' aku panjat je. Kalau nak tunggu Baba pun satu hal lagi. Tak koser nyah.


Aku pun selamat mendarat. Berbekalkan kunci yang aku bawak, aku pun masuk ke rumah dan membuka peti suis. After a few minutes...........



"Tut tut tut. Tenenenenet." bunyi alarm.



 Suis pagar aku tekan. Gate pun nampaknya paham bahasa. Kereta ummi memasuki pagar.



Oh yeah, aku rasa macam jadi heroin dalam filem pula kahkah.




"Tu ada letrik." Baba dah balik.



"Uma panjat pagar masuk rumah." Ummi tolong jawab.























































"LA ASAL UMA TAK PANJAT DARI TADI?"






Nampak tak permainan dia?
design by Wanaseoby