おはようございます
Jauh Perjalanan Luas Pemandangan.
posted by Mirza^Husna 12:33 AM 0 comments

Assalamualaikum dan Hello Penduduk Bumi.

Pinggul eh ke punggung sah sah bukan panggung gajah yang menggoda.
    

24 November tu hari, sekolah aku mengadakan rombongan a.k.a lawatan sambil meneroka (sebab kiteorang tak berapa nak belajar so yeah) ke MAHA 2014.

For those yang tak tahu, MAHA ni stands for Malaysia Agriculture Horticulture & Agrotourism. Ha kau berbelit urat lidah Mak Bedah menyebutnye. 

Bertempat di pelan tapak Maeps di Serdang (adekah Serdang ni adik-beradik Seladang? Hanya Allah yang Maha Mengetahui uish)



    Malam 23 November tu, kiteorang semua kumpul kat surau MITT dan dijangka gerak naik bas pukul 10.00 malam. However, janji melayu tetaplah janji melayu tidak akan berubah menjadi janji keling. Kami bertolak naik bas pukul 3 pagi. Ting! 3 PAGI.


Kau menunggu bas tu kan hazabnya bagai penyiksaan yang tiada noktah. Kalau aku bawak pisau sekali waktu tu kan, mesti aku dah potong daun bawang masuk dalam meggi. 


    Sungguhpun akhir zaman randik jam semakin laju berputar, namun tidak pada malam itu. Sungguh ganjil. Sehinggakan sewaktu menunggu jarum jam saat nak beralih ke saat yang berikutnya, aku boleh menguap sebanyak empat kali. Aku sendiri pelik. Ceh nak mengarut pun agak-agak la.


Kau pernah dengar tak bila kita buat benda yang kita syok dan best rasa macam 'Wah how time flies.' Ha sebab tu la.


   And yeah, kami naik bas pukul 3.10 minit. Nampak tak? Tapi tak sempat aa nak komplen ke pebende pasal bila jejak je tangga bas dan duduk di kerusi yang garing (tak empuk kot) semua dah krohh krohh tido terbongkang lupa segala kesengsaraan menunggu. Choyy.

Sejuk gege.

Sambil krohh krohh tido sambil ditemani lagu-lagu lagha macam biasa. Kongsi earphone ngan Amie hihi comey angat (comey ke masalahnya)


    And kurang lebih kiteorang sampai RnR manetah dalam pukul 6.00 pagi. Di beri masa setengah jam sahaja untuk solat dah bersiap. Diulangi, setengah jam sahaja!


    Pastu kan, for the first time in forever aku mandi kat toilet RnR. Hahahahah luar alam sangat. Macam merempat gitu mandi kat RnR and timing dia pulak ngam-ngam lepas macik cleaner siap cuci toilet.


Siap mandi solat pasuma, PLING! 6;42. Terjegil bijik mata sekejap.


Berlari sepantas yang boleh dengan nafas yang tercungap-cungap, tapi bila naik bas terus nafas menjadi tak tercungap-cungap. Haruslah kontrol der kahkah ew.



"Satu jam kemudian." nada selamba.



E eh kau tahu mengira waktu ke tak. Nak perli 'akak senior' pulak tu cis.




Tak lama selepas itu, bas mula menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Hoyeah sarapan!



"Mir! Tengok tu!" 


Nampak tak ade awan dia macam rendah sikit? Ha tu je nak tunjuk. Ke tidak pakaran photographer merosakkan segalanya.



"Nak sarapan apa?" tanya Tasha.



"Nasi Goreng Kicap!!!" tudiaaa.



    Fyi, Nasi Goreng Kicap ni all time my fav nasi goreng mueheheh. Sebab Ummi Matahari tak pernah masak nasi goreng jenis ni, so I was like jakun and totally makan dengan lahapnya.

Oh first aku tahu wujudnya nasi goreng jenis camni waktu tengok citer Aqsa&Madina. Madina masakkan nasi goreng kicap untuk Aqsa. Pengaruh tv sangat ni wakaka.

Dari situ aku macam eh ade ehhhh?! Macam sedap jeeeeeeeeeeee sebab warna dia macam gelap gelap haha.


"Tu nasik goreng tak cukup bahan." Ummi membidas bila aku meminta supaya Ummi memasak untukku nasi goreng yang kalernya sedemikian rupa.

Sampai sekarang pun Ummi tak pernah masakkan. Nak pergi lah ke restoren. Tapi kan pernah;


"Nak Nasi Goreng Kicap."


"Nasi Goreng Kicap? Nasi Goreng Kicap tu Nasi Goreng Biasa ke?"



Ah sudah. Nasi Goreng Biasa tu cemane pulak? 


Oh ye ending dia aku tak ingat pula. Tak penting pun kan. Yang penting aku masih hidup kuikui kaitan?


---------


"Kau suka Nasi Goreng Kicap?"


"Aku makan kan. Mestilah suka."


"Aku paling tak suka bila mak aku masak Nasi Goreng Kicap hahaha."


"Yeke? Nasi Goreng Kicap paling the best ok in the world hahaha apakau."


"Aku suka yang kaler oren takpun putih ala macam Nasi Goreng Cina."


"AKU PALING TAK SUKA NASI GORENG CINA."



Wow, pasal Nasi Goreng boleh jadi bahan post ek.



    Dah habis melantak Nasi Goreng Kicap (makan dalam bas) kiteorang keluar lagi memandangkan perut 1/3 masih kosong amboi bukanke lagi 1/3 tu kena simpan oksigen? Hahaha sukati ah.


So guwa pun beli jeruk-jerukan, nenas (omg sangat sedap) dan kacang rebus (ni pun sedap ahh) kami pun pulang kembali ke bas dengan membawa plastik-plastik makanan serta sekoyak senyuman.


Waktu bas bergerak, pastu tengok pokok-pokok hijau sambil kopek dan ngap kacang rebus seriyesly sangat heaven. 


Akan tetapi perasaan aku tu terganggu sedikit.



"Mi! Aku rasa macam makan tahi!" muka Amie aku takleh lupa.


"Ha?" 


Amie menjelirkan lidah.


"Cane nak buat ni?! Nak buang ke telan je?!"


Aku dah ketawa bagai nak gila. Berdekah-dekah. Eh tak terkekek kot ye ah agak ah ustaz ade tuuu kat depan.

Amie dah membuang bahan asing di dalam mulutnya ke dalam plastik sampah.


"Kau makan ape Mi?"


"Kacang rebus kau ah. Yang ni cuba kau rasa." Amie makan sebiji je tadi jadi ada lagi sebiji.


"Taknak ah."


"Weh, entah-entah kan peladang tu dia tanam kacang pastu dia pakai baja tahi lembu sebab tu macam ade pembawaan sikit kat kacang tu." nada serius aku mebuat andaian.


Kening Amie berkerut.



"KAUUU!"


   Selepas sudah tak terkira berapa kalinya kepala aku terhuyung-hayang lalu menghantuk cermin bas serta kepala Amie, akhirnya kami pun sampai ke Serdang pada pukul 11.00 pagi! Yiey.


Lepas sarapan haruslah tidur supaya boncet gyahaha.

Yo! Yo! Kami dah sampai Serdang.

Mengunyah Super Ring untuk menghilangkan rasa tahi lembu.

   
Dah sampai MAHA actually macam krik krik sikit sebab macam apakaaaaaaaaahhhhh iniiiiii? Jadi mari layan gambar sahaje.

Tasha kata kalau sesat boleh tengok peta. Walhal, bila dah sesat, lupa yang kita dah ada peta pastu jenuh je menonong ke sana ke mari. Kartun betul.
  
Landskap dia lawo.

Aku memang suka kangkang T_____T

Persamaan Amie dan bunga. Ya, kaler.

Ootd Tasha elelele

Amie garu kepala.

Cempedak dan kaum kerabatnya.


Anak dara pingitan eh geli je.

Ok I just looooveeee this. Thanks Tasha hihi.

Yang tulisan merah tu dia tulis 'No Sitting'. Tak perasan bukan sengaja.

Apetah ni aku tak minat bunya so bye.

From waste to wealth. Tu diaaa.


Dendam dengan Adeeba. Adeke patut dia amik gambo ceni?

Ni lagi satu.

Berbeza kan. Cis.


Selamba menumpang teduh di kedai apek cina.

Coconut Oreo Milkshake. Minum kena duduk ya.

Aku dan Avokado. Eh macam title buku pula.

Apeni.




So lebih kurang pukul 1.00 - 1.30 dah kena ada dalam bas. Uih kiteorang menepati. Budak lelaki yang tadi memperli pun lagi lambat huwahaha padan muka.


Sebaik masuk sahaja waktu Zohor, kami pun menunaikan kewajipan di Masjid Putrajaya.



Lepas solat apalagi, selfieeee! Eh groufieee!

Adeeb tangkap. Nampak gerbang masjid je -______-

Boleh la boleh la.

Selfie sendiri pun gagal hakhak.

Candid.

Muka tensi.

Tahpape.


   Yang waktu ni kiteorang dah lari jauh dari bas, salah kona. Yang gambar atas ni, bas ada dekat dekat depan bangunan tu je. Meanwhile kiteorang tersasar jauh ngat.

Oh ye aku memang ada habit suka kutip benda benda atas jalan. Tapi yang best best je ah. Cam daun kering tu batu ke durian ke eh.

Bibir kena sengat.

Siyes lawa yang ni sebab satu macam mendung mendung pastu awan hitam dua ada Jalur Gemilang vs bendera Palestin :p

Smart. Ha tuu bas kiteorang. Belakang tiang yang belakang sekali. Get it?

>w<

Menuju gerbang impian~ tetibe




     Tak habis disitu, kiteorang stop lagi dekat Nilai 3. Barang kat situ mak oi terkejut badak aku memang sangat murah rasa macam nak gigit bantal.


Sebab sampai kat sini, duit aku semua dah lesap hahahah.


Nilai 3 ni pun cam seram gak sebab banyak orang Pakistan. Pastu taktik dia nak suruh orang beliiiii feeehhh memang! Mulut memang kena manis. 

So kiteorang cuma menghabiskan sisa-sisa waktu berjoging di dalam Nilai 3. Tak cukup kat dalam, kat luar Nilai 3 pun nak berjoging jugak. Jogging pulak bukan dalam suasana aman damai. Jogging dalam hujan yoouuuu hahaha.


Sekali sekale buang tebiat. 


Sambil joging ade orang duit lebih tu beli kopok lekor makan dalam hujan main tepuk amai-amai sambil berjalan seriyesly sangat fun wakaka.



Kiteorang sampai sekolah pukul 11.30 mamai mamai keluar bas. 


So yeah! Tu lah cerita MAHA 2014 aku a.k.a my school holiday with le fwenzz. How's yours? Whatever it is, kutip pengalaman dan experience banyak-banyak.


Sebab benda tu la yang mahal :)

HAPPY SCHOOL HOLIDAY! TAHUN DEPAN SPM! gulp.



Till then, Assalamualaikum. Adios!
design by Wanaseoby