farewell: unemployed life

a week before officially starting my 9-months pupillage at a local firm.
haih
from taknak practice,
to actually decided to undergo chambering is a big BIG step.

dear me, i kinda proud
*head pats*


pilihan untuk menganggur for a good 3 months (rela hati) and 4 weeks (paksa rela) was a good move. well, at least in my case.

////

hujung-hujung raya kot baru start riki-riki firm
prepare resume and cover letter
dan menunggu if any did reach back to me

which
none

okay
adalah satu
tu pun interview secara tidak formal melalui telefon
katanya akan dinotify sekiranya dapat formal interview
so fahamla, 50-50

lepastu sepi
langsung dighosted ye

sedih siak
rasa down
rasa cam teruk nau ke achievement aku tsk

start la compare dengan kengkawan
Aqilah apply dua tiga tempat, dah dapat interview
Erin lagilah, baru apply satu tempat, terus dapat interview
padahal dianya yang paling lambat start hantar resume

dia cam
happy for them
but at the same time
i cant help but untuk rasa 'ketinggalan'

rasa camni bila tengah sensorang je
biasalah cetan
padahal elok je time diorang iv pi teman sekali ahaha (clingy sangat)

----

selepas sudah berkajang-kajang application dihantar
dan bermuhasabah for 3 weeks

saya diapproach oleh firm pertama,
pada hari Ahad
(disclaimer: apply kat firm ni sebab ada kawan iklankan, tbh tak prefer apply kat firm yang guna kaedah iklan macamni, ntah macam sus tapi sebabkan aku desperate, no harm in trying i guess???)
borak punya borak
tiber suruh masuk ofis esok

jem kat situ
sebab cam eh tak perlu iv ke (sebab iv bukan for the company nak assess kita je, tapi kita pun nak assess company tu)
katanya sepatutnya perlu, tapi sebab urgent nak chambering student, dia accept je siapa yang available dan paling awal
ada mintak clarification pasal salary dan filing cost.
makin sus
nampak tak berapa arif dan tak professional
aku tanyalah sekarang firm 50-50 ke with my application kan,
katanya 80-20
makinlahhhh

create excuse kata tengah consider firm lain lagi yang dah schedule for iv next week (tipu)
astu dia tanya area mana
dan boleh lak cakap,
"takyahla...dengan kitorang je." like????

time tu sumpah dilema,
rasa bersalah
at the same time rasa salah aku ke?

i mean aku yang pi gatai tangan nak apply kan
dah dapat firm yang terima
tiber taknak pulak
tapi cam faham tak, kita apply bukan dengan 100% expectation yang diorang akan terima
kita apply for the sake of trying je, having choices camtu

tapi bila sampai paksa paksa camni
seolah-olah macam i have no say pulak

tbh, the red flag in this firm is glaringly alarming
dia cakap company tak cover cost filing chambee student
tapi, in return bole dapat 1.5k basic salary
(market price chambee student kat sini starts at 1k weh hahaha macam orang miskin, tapi tu lenkali ah)

mind you, minimum cost filing may reach up to 2.6k
ni yang dah paling basic kalau tak buat pembetulan affidavit dan tak termasuk cop swearing
which no guarantee ko takkan buat mistake time filing

discuss discuss lagi,
diorang setuju untuk tanggung cost, tapi sebab aku pun tak bagi the exact figure
diorang kata depends; company cover  1⁄2  atau  ¾
aku cam ehhh boleh pulak gitu

aku bertegas jugak nak firm cover melihatkan my friends' firm tanggung the costs
dan mengikut pengiraan kasar, kalau firm tak tanggung memang akan put me at the disadvantage lol

paling last deal, aku kena refer them by Isnin with the exact figure for the company to decide untuk ambik me as chambee ke tak.
which mengikut anggaran 2.6-2.8k (attach sekali handbook pupillage yang ada calculation dalamtu, kang dicop memandai-mandai pulak)
and takkisahlah kalau basic 1.k je pun 

time ni dah fikir, aku dah propose my needs semua, and if they agree i got nothing to lose lah kan?

esoknya
8.59 a.m.
send.

9.20 a.m.
message masuk.
diorang tolak.

rasa nak menangis.
lega teramat!

dari malam tadi dilema,
terjaga-jaga tido
tsk.
over tau minah ni

tapi, apapun alhamdulillah.
jawapan kepada solat istikharah malam tadi 😀

the rest of the day, aku rehat jap dari apply memana tempat dengan melayan movie.
rasa macam baru terlepas satu beban haha

petang sikit,
dapat call
from another firm
FOR AN INTERVIEW

hehehehe sengih tak turun turun dari telinga pada hari itu
penipuan saya tempoh hari
menjadi kenyataan rupanya 


alhamdulillah.

----

iv hari Khamis petang,
the same day baru check inbox sebab nak print resume, cover letter dan transcript benda alah semua tu

new unread email.
eh i got another interview?
check tarikh.
Isnin tuhari?
firm mana ni?
hm. firm ni, dekat dengan tempat Erin.
tapi discehdulekan iv, hari Selasa.
dah terlepas.

sedikit kesal.
but tak sempat nak layan perasaan.
sis got her very first iv untuk di'ace'.

aaaanddd,
it went well????
alhamdulillah.

they even left me to decide lagi,
first, either nak consider firm lain yang dah apply within a week
second, if interested with the firm, nak masuk department mana

keluar keluar meeting room tu masih tak percaya
dapat ke ni???

----

fast forward ke harini,
dah confirm akan masuk jumaat ni
yippie


oh ya,
pasal another iv yang terlepas tu
ada consider jugak nak call balik untuk reschedule iv
again,
for the sake of having options
dan entah nak experience iv lagi? lol

tapi setelah ditimbang-timbang,
juga kekangan masa (banyak faktor actually)
sebab fikir, contoh la dapat reschedule iv kan, pastu tiber dia terus terima
cam tak proper pulak nak reject, sebab aku yang beria mintak untuk reschedule
faham kan?

sudahnya, decide untuk go jelah kat firm yang gi iv tu.

////

oh did sis ever mention that the firm sama tempat dengan Aqilah?




yes >< hehe.

Comments

Popular Posts