Review: Wetfood

apa comei nau ni.
Nampak tak aku punya takde mende nak update, pasal makanan kucing pun boleeeeeeeeee
sepanjang cuti sem selama 3 bulan ini, sudah menjadi tugas aku untuk menjaga kebajikan kucing-kucing aku.
i mean waktu aku takde, umi jaga je.
tapi waktu keberadaan aku, depa dilayan XTRA sket
hahah sebab aku je suka spoilkan mereka ni. ummi malas.
taktahulah mereka perasan ke tak, tapi sorrylah kucing dapat layanan first class time aku cuti je :p
time aku cutilah, depa ni mandi, diketipkan kuku, pasir kucing bersih sentiasa, dan bulu pun sentiasa disikat (walaupun ekceli guna roller ikea tu je hahahah)
sila bersyukur ye kucing-kucing kepada tuan mirza huarghahahgahah amboi tak senonoh gelak.
wetfood juga termasuk di dalam senarai layanan extraordinary. ummi tak suka bagi depa sebab busuk lol.
ekceli takdelah busuk sangat pun, just lepas bagi makan wetfood tu kena basuh bowl dengan kadar segera untuk mengelak lalat. tu je.
tapi mungkin bagi ummi leceh la kot.
tapi tidak bagi aku!
kesian kadang tengok diorang asyik makan keropok je :'(
(diorang makan gak tulang ayam)
Setakat brand yang aku dah cuba untuk diorang: Fancy Feast, Sheba dan Prodiet
lain-lain tu belum pernah sebab packaging tak menconvincekan dan perisa pun cam tak sedap je :p hahah judging
Disclaimer: kucing aku baka kampung ye, jadi tekak mereka might be berbeza dengan baka yang semedang makan ciken chop ewah. dan, reviu ini tidak dibayar. sekian masehhhh
1. Prodiet

the only reason aku try ProDiet ni sebab diorang makan keropok brand ni gak. tapi mostly diorang makan Power Cat; which Power Cat cam tak pernah nampak pulak ada wetfood?
the only flavor yang available; salmon & kembung (gandingan yang tidak nampak menyelerakan)
texture dia bila bukak nampak macam jelly, tapi bila dah tonyoh-tonyoh baru nampak tekstur sardin. ada slice ikan kembung macam dalam gambar. bau kuat
pingu tak suka. dia bau sikit, judging, dan angkat punggung berlalu pergi.
chiko dengan cheetah pelahap macam biasa, takde isu.
packaging ⭐⭐⭐⭐⭐⭐
varieti perisa ⭐⭐
reviu dari kucing aku ⭐⭐⭐⭐⭐
2. Sheba

tin dia nampak classy kan? i bet rasa dia pun!
tekstur okay diorang senang nak makan sebab dia shredded jadi nampak macam strips a.k.a ayam yang disiat-siat. juicy dan kurang berbau. better than ProDiet sebab tak guna jelly untuk preservatives.
pingu ok ok la yang ni. dia nak makan.
pingu memang overall dia kureng sikit makan wetfood ni, tah pasepa. kalau letak keropok sekali baru lalu nak makan sekali dengan wetfood. wah wah ko bajet mcm makan nasik dengan papadom ke ha
packaging ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
varieti perisa ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
reviu dari kucing aku ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
3. Fancy Feast
paling fancy antara semua *Siri play Fancy-Twice*
nak dapat pun kena pegi Village Grocer je hengko, pegi MyDin manada.
ni tekstur nampak macam ayam seketul potong dadu. ada kacang kuda siap jangan menmen
packaging ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
varieti perisa ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
reviu dari kucing aku ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐ (tambah 1 sebab Pingu approved heh)
4. Wetfood buatan sendiri
Tbh, aku takpernah terfikir yang wetfood ni boleh buat sendiri hahahahah em walaupun senanye kalau ko betul-betul fikir tak logik kan kalau tak boleh?
since ikan banyak dalam peti sejuk, aku cam em y not lagipun preservative tak bagus untuk kucing dan telan air liur jugak lah sebenarnya tengok harege wetfood depa ni. maka untuk tidak berlengah lagi aku pun memulakan misi aku membuat healthy food untuk diorang.
resepi diculik dengan adab tertib daripada; Resepi Wetfood
dan ini adalah reviu mereka setelah dirasuah dengan pelbagai taktik yang rasanya tak efek apa pun.
untuk skema markah yang ni dia per 5 je sebab hello tak setaraf ok nak compare dengan wetfood yang berkaliber di atas
Petunjuk:
⭐ = 1
🌗 = 0.5
Cheetah
⭐⭐⭐⭐ 🌗
"Sedap sangat! Cubaan yang bagus! Semangkuk pun tak cukup, kena rembat member punya baru kenyang! Tapi tak boleh bagi 5 sebab nanti dia riak."
Chiko
⭐⭐⭐
"Em *jilat* sedap *jilat* tapi *jilat* jelly *jilat* dia banyak sangat *jilat* lah."
Pingu
⭐ 🌗
"Ini apa ya? Tengok macam tak sedap, bila dah jilat betullah memang tak sedap."
esok naik uia sem 4. gonna miss my bulus, gemok and gedempol *ugly cries*




Comments