braces 🦷

tbh sebab paling ampuh orang pakai braces adalah atas sebab insecure
dan begitu juga saya
dah lama dan senanye simpan hajat nak pakai braces

time form 2 pernah dah hampir nak buat, dah consult, buat x-ray pesume dah tapi maybe finance baba time tu belum mengizinkan
dan time tu braces ni jarang la orang pakai
makin tambah dia punya ragu-ragu nak pakai tu
takut makin buruk hahahaha ;-;
(joke on me)



pastu terkuburrr lagi lagi since tahu kena pakai retainer lak pas pakai braces rasa cam takpelah deal jela sampai mati donia semua inih
sampai degree
alia tetiba pakai awal tahun lepas
dan inilah yang orang panggil
pengaruh rakan sebaya
bila sembang2 dengan alia
alia start la jadi shaiton hasut suh pakai sekali
hjsgajgsjhasg ajak dia cam ajak gi pasar malam aje gayanya

pastu lockdown dah lupa dan leka sekejap,
akhir-akhir intern tiber ada satu masa tu dok marathon baca-baca pengalaman orang pakai braces
jatuh cinta(?) nak pakai for the second time
like macam memang nak nekad betul betul nak pakai
sakit pun sakitlah
dan aku rasa hidup aku cam takde spice au sehari-hari
so dengan harapan pakai braces ni tambah spice sedikit kepada kehidupan ini
(reason paling out of context)

pastu rasa sesuai pakai sekarang
since the duduk rumah movement
and face mask thingy
rasa konfiden lah siket pakai
sebab tak yah bersemuka dengan orang wahah

lepas dan ngamsoi nak pakai, kena persuade baba pulak
research skills gwe memang tiptop wei
nak present kat boss kan, kena mantop presentationnya
dari harga, proses dia, cara maintain, warna getah, klinik yang oke, blabla
dapat greenlight terus set up appointment
laju en buat kerja wkwk

datang klinik first time appointment pun cam oh uh ha dah tahuuuuuuuu ceh
tanya dr. pun guna term semacam ngaji dentistry bahahah dia punya acah
asalnya dah book kat 2 klinik sebab nak dapat nasihat dr. yang lain lain
tapi end up dengan klinik yang first pegi
sebab harga dengan lokasi tu dah oke
so proceed

takde cabut, takde kena pakai separator
tejot gak
sbb yang consult time form 2 tu, dr kata kena cabut
tiber yang dr ni takyah lak walau 8 tahun kemudian gap dia still
nak kata discretion setiap dentist tu berbeza la lol ;-; hipotesis budak law be like
dr katala case aku tak teruk sangat pun
tak teratur je, rahang semua elok
and dia risau kalau cabut nanti rahang makin kecik (dr kata muka aku kecik :D bahah walau pipi besor eh tu lain ah)

time tu dah lega ah, sebab pricing braces start at 4.5k and since case aku tak teruk, dapat harga paling mughah yeeyy
pastu tiada bayaran cabut gigi yeyy lagi
Kronologi pemasangan braces;

1st appointment: dr. check gigi. sesuai ke tak sesuai pakai braces. then briefing pasal process so and so. dan bagi quotation untuk price gak.
braces harga braces
retainer harga lain
cabut gigi, scaling semua tak include

untuk consultation je takde bayaran tau, so bila dr. dah bagi quotation tiber rasa cam taknak proceed atau nak survey klinik lain pon boleh

2nd appointment: scaling. bagi polish lu gigi buang kerak kerak kaviti untuk kerja pemasangan braces yang efisien. pastu dr buat mould a.k.a model gigi

3rd appointment: pasang braces. pilih warna getah untuk kali pertama✨ adala dalam 30-45 minit proses dia.
Protip: pakai lipbalm banyak-banyak sebab bibir kering kena nganga lama-lama dan ko takle jilat bibir


tuje
cepat kan?
sabtu first appointment, next app scaling, hari rabu minggu depannya dah terus pasang
selain daripada sebab swasta, maybe jugak sebab faktor gigi aku tak kena cabut

setakat yang baca blog orang, takde yang sama case dengan aku
sebab rata-rata kena cabut gigi, pakai separator, pakai brackets kat gigi geraham dengan pakai mende tah kat lelangit tu
aku takda menda langsung
jadi maafla tiada pengalaman sangat nak share kat sudut situ,

tapi
while doing my research
these blogs has helped me a lot.

4. Aini Nazri (sangat eye-opener dan cara penyampaian beliau lawak)

ni footnotes kepada research saya. shoutout kepada penulis-penulis ni semua sebab telah membekalkan saya dengan informasi yang berguna.
kalau interested nak tahu in details boleh pi jenguk
sangat informative punya kind of writing!
(which i sucks thats y)
hope it gives you some insight too 

A lil bit tips yang aku boleh share while choosing your clinic is to consider its;

1. location
in my very honest opinion, priority dekat klinik yang paling dekat dengan area tempat tinggal. kalau jauh nak pikir duit minyak lagi, appointment every months tu leceh juga kalau jauh sangat.
tambah-tambah musim ada sekatan merentas negeri/daerah dah satu kerja pulak nak mintak surat pak polisi.

2. pricing
of course. time survey tu ada satu klinik starting price dia 3.8k camtu. tapi jauh mak 22 minit perjalanan. tapi macam aku cakap, prioriti dekat yg dekat dengan rumah sbb samaje nanti duit minyak + masa. tak pun fikir la mana lagi korang sanggup. bagi aku, masa itu emas (padahal malas nak lama2 atas kereta)
oh ye harga sangat depends area korang tinggal. ada my friend area kl taman melawati, cecah 6k gak dia buat wew. senang citer, makin bandar, makin mahal e-e
dan, worries not, boleh bayar secara installment i.e time app bulan-bulan

3. feedback
ni penting gak, tapi usually kalau banyak good feedback harga makin up hahhaha. so? em pandai-pandai la nyah
lepas siap pasang tu rilek je
boleh pergi mydin lagi stock-up barang dapur (dan eskrem sebab dr. kata bagus makan eskrem hehe)
kemudian lencong makan eskem di family mart pulak
walau bahagian cone yang dasar tu terpaksa buang sebab keraih namampoih
oden tapau bawak balik
okela ikut nasihat dr. makan benda soft-soft

malamtu
dem
sakit
SDFHJSKJKSKD
sengal-sengal
kepala pun ikut sakit sama
nak gosok gigi pun macam lalukan je berus kat gigi 

😭

ngilu grrrrr
lepas habis discussion terus telan panadol dan rebah
2 hari je yang paling sakit pun
pastu pastu dah oke

sebab tula gigi aku takyah nak gerak banyak sangat sebab tak cabut
dalam sebulan ke dua bulan gigi dah nampak rata sikit
kalau yg sampai kena cabut gigi tu
seriau jugak baca diorang describe kesakitan tu.

sekarang monthly appointment untuk tukar getah je
dan ketatkan dawai
ada jugak sekali tu dr. kikis gigi
untuk bagi ruang katanya
aku angguk jelah tak obvious pun efek dia
just gigi jadi makin sensitif
senang ngilu

dah nak masuk 8 bulan anniversary with braces
bahahhah gedik ile
gigi rasanya macam dah elok
tapi tatau bila boleh bukak
aku pun tak tanya dr.
ceh padahal bayar pun tak abeh lagi kuikui

oki bye

Comments

Popular Posts