(cont.)


tbh, antara sebab lain aku consider untuk reschedule iv kat firm yang dekat dengan tempat Erin tu
ialah sebab tu memang initial plan
kami bertiga
geng geng johor ni memang clingy
tidak dapat dinafikan 
bahaha

mengetahui probability untuk chambering sekali kat satu firm adalah amat rendah
(sebab satu master, boleh in charge dua chambee je at one time. considering area tu majority small-sized to medium-sized firm, untuk sebuah firm nak ambik even dua chambee students pun rasanya macam dah banyak, apatah lagi tiga. so yea)
kami pakat nak apply kat area yang sama i.e. BBU
BBU is like memang lubuk firm weh no kidding
ada yang literally bersebelahan dan bertentangan (boleh babai ikut tingkap *imagine*)

so cam walaupun di medan yang lain-lain,
at least the fact that ada mereka dekat-dekat reassure me a lil bit? lmaoo

ni pun lepas dah ambik kira pros and cons juga ni

apapun kita hanya merancang
Allah yang menentukan

aku dengan Erin start apply lambat sikit dari timeline yang sepatutnya (sebab procrastinate ahaha)
Aqilah ikut timeline, tapi sebab cakap nak apply kat BBU sama-sama, dianya pergi apply area lain dulu 

dan rezeki Aqilah, first iv, terus dapat
so Aqilah pun babai ah dari plan asal

aku dengan Erin still mengikut initial plan dan apply area BBU.

aku start apply dulu sebab Erin tak siap lagi resume ditambah sebab triggered dengan Aqilah yang dah dapat iv lol,
Erin leklek je hantar lambat pun
tahu tahu Erin dapat panggilan iv dulu
SELEPAS FIRST APPLICATION

aku?
disamping call firm untuk tanya vacancy yang hanya dibalas dengan kekecewaan
aku ada apply kat tiga firm lain, yang katanya terima, hantar je resume
tapi sampai kesudahlah tiada feedback

survey 6 tempat
apply 3 tempat
1 dapat response
*yang informal iv through phone tu

makin lama rasa makin takde hope nak dapat kat area BBU
sudah makin limited option dia
tapi tetap jugak apply kat Firm A sebagai penutup 
kalau tak dapat tu, memang kena keluar survey area lain
berterabo dah budak bertiga ni dari plan asal wkwk

bila dah a week later dan masih tiada maklumbalas,
separa dijangka, 
aku pun apply area luar BBU

progress terhenti sekejap sebab Aten balik umah sebab cuti sekolah
so lupa sekejap dan bepoya-poya lu

next weeknya Jumaat camtu baru terima ads from friend pasal vacancy kat Firm C (yang sus) area BBU juga
apply sebagai last option juga

tup tup yang last option jugaklah yang approach
kalau green flag takper,
ni a freaking red flag pole tau 
berseries-series vc dengan Erin dan Aqilah for free advice

Erin walaupun tahu tempat tu dekat dengan dia,
masih bertimbang rasa dan tidak bias dalam menasehat dan suggest untuk aku tak settle down kat Firm C kakaka
which at the end mereka tak terima pun sebab minah ni demand tinggi (read: basic demands)

----
astu Firm B pulak call
gugufugfuguu
dapat interview! (pun dah syok)
rollercoaster betul mood pada hari itu ya

3 hari lepastu baru tahu
yang Firm A did reach back to me the same day Firm B call
cuma through email
silaplah
memang tak check ah kan

lagi lagi time awal-awal apply tu
seboleh-boleh setiap masa dan ketika dok refresh inbox
dan macam penyakit
sejak tu i limit myself sehari sekali je bukak inbox
mendapat on the spot 😭

overwhelmed sedikit tiber menderu dapat offer sekali 3 within the same week.

lepas dah settle iv untuk Firm B,
sekali lagi, vc
nasib baik lah belum licensed lawyer
kalau tak, mau aku dicharge legal fees oleh budak berdua ni

tahu yang Firm A ni area Erin
makin ranciak lah dia ni menasehat suh reschedule iv
plus point, firm ni memang practice conveyancing field sahaja (Erin tahu aku kalau boleh memang nak elak liti)
Firm B ni pulak buat dedua, so ada possibility ke liti

kalau immediately accept Firm B tu,
part of me rasa bersalah kat Erin
yelah sebab dah janji kan
pulaktu sama firm dengan Aqilah
literally under one same firm
bukan setakat area yang dekat-dekat
most probably meja depan-depan pun tsk

and i did actually got the chance i.e the iv walaupun dan terlepas kat BBU tu u kno
lainlah kalau memang dah takde yang response langsung

but,

bincang khamis malamnya,
esoknya plan nak naik KL tau
rasa macam tak dan nak call untuk reschedule iv
boleh je call balik isnin, but im only going back to johor on tuesday
fikir fikir lagi i got only a week untuk reply ke Firm B

within seminggu untuk aku dapat reschedule iv DAN their decision terus
macam almost mustahil boleh dapat secepat itu

kalau terus dapat jawapan,
nanti battle akan purely between Aqilah vs Erin lahkan
hahaha
lagi la dilema deme nak mikio

tu from logic punya pov

from feeling punya pov
sebab ada Aqilah
under one building
agak bias
tapi

kalini heart >>>> brain

sorry Erin 😞😞
i gotta put me first, i gotta put me first!!! 

its okaylah,
Erin dapat legal field yang dia nak; Criminal
aku dan Aqilah both tak dapat Conveyancing

manade semua benda ko nak, ko dapat kan

so i hope it is for the best
i guess?????
aamiiinnn

Comments

Popular Posts